slab | reja sayung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bahagian luar kayu balak yang terdiri daripada satu permukaan rata dan satu permukaan yang melengkung secara semula jadi, yang tertinggal selepas proses penggergajian balak. |
chip | serpai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kepingan kecil kayu yang dihasilkan daripada kayu balak, kayu sayung atau bentuk kayu lain yang dipotong menggunakan alat penyerpai. Serpai digunakan sebagai bahan mentah untuk perbuatan papan serpai, pulpa kimia, dan tepung kayu. |
refuse burner | pembakar sisa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang dibina khas untuk membakar semua sisa kayu daripada kilang pemprosesan, seperti reja kayu, reja sayung, habuk kayu, dan kulit kayu yang tidak digunakan. Sebahagian daripada haba yang dihasilkan boleh digunakan untuk memanaskan air, bagi menghasilan wap yang digunakan untuk prses pengeringan kayu. |
resaw | gergaji racik | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Gergaji gelung atau gergaji talam yang digunakan dengan meluas untuk meracik dan mengergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung. Gergaji ini biasanya mempunyai ukuran dan keupayaan memproses yang lebih kecil daripada gergaji belah. |
slasher | pemotong reja | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Alat yang terdiri daripada beberapa bilah gergaji talam yang dipasang pada aci dan disusun pada jarak antara 48 cm hingga 120 cm. Alat ini digunakan untuk memotong reja sayung, reja tepi, dan sisa kayu yang lain mengikut ukuran yang sesuai untuk kayu api atau kayu pulpa, atau untuk memudahkan proses pengangkutan ke bahagian pembakar sisa. |