Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang; rupa darah spt air ~, bang-kai berhantaran di bumi; 2. ki digenangi air mata (mata), hampir akan menitik (air mata); 3. ki sesak (dada dll): Maznah terhinggut-hinggut bahunya menahan ~ di dada; menyebakkan menyebabkan jadi sebak; kesebakan keadaan sebak (digenangi air mata, sesak di dada dsb): tidak pernah saya mengalami ~ sebegitu semasa tawaf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /sébak/; bersebak 1 berpisah ke kiri dan ke kanan (bkn air yg ditempuh kapal dll); berkuak. 2 berbelah (bkn rambut dsb): Rambutnya ~ di tengah-tengah. menyebak 1 mem­buat menjadi berkuak ke kiri atau ke kanan; menguak atau membelah rambut (ketika bersikat). 2 membuka (halaman buku dll); menyingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 penuh dan banyak airnya (bkn sungai); hampir melimpahi tebing (bkn air sungai): Air sungai ~. 2 ki penuh dgn air mata dan hampir akan menitik (bkn kelopak mata). 3 ki sesak nafas (dada dll): Bahunya bergoyang-goyang kerana menahan ~ di dada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sebak
1. Bersinonim dengan digenangi air: sabak, melimpah, bah, banjir, ampuh, lembak, banyak air, empoh, kojoh,
Berantonim dengan kering

2. Dalam konteks dada
bersinonim dengan sesak, sebu, sedih, berat,
Berantonim dengan lega

Kata Terbitan : menyebakkan, menyebak, tersebak,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah wujudnya kertas sebak? Apakah maksud untuk kertas sebak? Saya telah merujuk kamus tetapi tidak ada maksud sebak untuk dipadankan dengan kertas. Sekian, terima kasih.Tiada data berkaitan “kertas sebak” dalam pangkalan data DBP. Melalui carian di laman maya, “kertas sebak” ialah “kertas mahjung” , iaitu kertas putih dan lebar yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Istilah11.08.2014
Makna AMPUHMenurut Kamus Dewan, ampuh mempunyai banyak pengertian. Antara makna ampuh ialah bertuah, mujarab, sakti,bah, banjir, lembak, sebak. Namun demikian, penggunannya bergantung kepada konteks ayat yang dibina.Makna20.11.2007
salam. apakah istilah yang sesuai digunakan bagi kertas putih yang besar yang iasa digunakan dalam pembentangan iaitu 'kertas mahjung' atau 'kertas sebak'? Terima kasih.Kertas mahjung.Istilah19.08.2014
selamat sejahtera. Saya ingin meminta nasihat daripada pihak tuan tentang bentuk dan golongan kata ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan pembetulan serta ulasan tentang bentuk dan golongan kata ini. Terima kasih di atas kesudian pihak tuan membantu saya.Terdapat beberapa pembetulan:

1. Sebak = kata kerja
2. Cuma = kata tugas
3. Senyum = kata tunggal
4. Tawa = kata kerja
5. Kekasih = kata ganda
6. Inginkan = kata kerja
7. Temui = kata kerja
8. Sengaja = kata kerja
9. Pada = kata tugas
Tatabahasa27.03.2013
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013

Kembali ke atas