PUCK | Puck atau Robin Goodfellow, satu roh nakal dalam cerita rakyat Inggeris, mengganggu orang ramai sekadar untuk bersuka-suka. | UMUM | |
KESIHATAN | Kesihatan ialah kesejahteraan fizikal, mental, dan sosial. Kesihatan melibatkan lebih daripada sekadar bebas daripada penyakit. | UMUM | |
MORATORIUM | Moratorium ialah penangguhan sah untuk pembayaran hutang atau tanggungjawab kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan undang-undang terhadap hutang dan tidak melepaskan penghutang daripada tanggungjawab untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan tarikh hutang yang perlu dibayar. | UMUM | |
PETAPA | Petapa adalah seseorang yang tinggal bersendirian, jauh dari hubungan sosial dengan orang lain. Lelaki dan wanita menjadi petapa atas pelbagai sebab. Mereka mahu menjauhkan diri dari kejahatan atau godaan yang wujud dalam masyarakat. Mereka percaya dapat menyucikan diri mereka dengan cara tinggal bersendirian. Atau mereka mungkin sekadar tidak ingin melakukan sebarang perkara dengan manusia lain. | UMUM | |
KHATAM | KHATAM, majlis atau upacara yang diadakan sebagai tanda tamat atau selesai mengaji (membaca) al-Qur’an. Upacara ini sekadar merupakan tanda ingat dan tanda terima kasih seseorang murid kepada guru al-Qur’an. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD | HAJI WAN MUSA HAJI ABDUL SAMAD (1873 – 1939), ulama tasawuf. Dia lahir pada tahun 1873. Dia melanjutkan pelajaran ke Makkah selepas ayahnya, Tuan Tabal meninggal dunia. Sewaktu berada di sana, Haji Wan Musa bukan sekadar mengikuti perkembangan politik tetapi turut terpengaruh dengan pandangan ilmu fikah yang terdapat dalam majalah keluaran ulama Islah. Sejak awal abad ke-20, dia mempunyai tanggapan bahawa untuk memajukan ilmu fikah dan umat Islam, pendekatan bertaklid buta pada kitab karang ulama tradisional negeri Kelantan perlu dihentikan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB | Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah ensiklopedia komprehensif sastera yang mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al- Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30 jilid yang berpandukan sumber-sumber yang berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia yang komprehensif. Ia juga menunjukkan perkembangan penulisan dan pembahagian bab. Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya, dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian. Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa bab dan fasal. | UMUM | |
TUK BAGIH | TUK BAGIH, orang yang memainkan peranan penting dalam upacara bagih. Tuk bagih biasanya terdiri daripada seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an atau 60-an. Tuk bagih mewarisi ilmu bagihnya daripada keluarga. Ilmu bagih tidak diajar atau diturunkan kepada sembarang orang, kecuali ahli keluarga yang didapati layak dan sesuai mengamalkan ilmu tersebut. Tuk bagih juga terdiri daripada orang kampung yang berpendapatan rendah dan tidak berpelajaran kecuali sekadar tahu menulis dan membaca, malah terdapat tuk bagih yang buta huruf. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |