just perceptible | penghitaman sekadar | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
proem | pendahuluan | Kesusasteraan | Tiada | Pendahuluan yang ringkas, bertujuan sekadar untuk memperkenalkan serba sedikit tentang sebuah hasil karya atau ucapan. |
figurant | pelakon pelengkap | Komunikasi | Tiada | Pelakon yang memainkan peranan sekadar untuk melengkapi dan mengukuhkan sesuatu adegan. |
catch tales | cerita olok-olok | Kesusasteraan | Tiada | Cerita-cerita mudah yang direka sekadar untuk bercerita tanpa sebarang tujuan. Contoh: cerita-cerita yang diceritakan oleh nenek sewaktu menidurkan cucu-cucunya. |
satisficing | pemuasan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan mencari dan memilih alternatif yang mencapai tahap penghasilan minimum, sekadar untuk memuaskan hati pembuat keputusan. Pendekatan ini dianggap pasif kerana lebih menjurus kepada pencapaian ala kadar kerana kurang berisiko dan selamat. Hal ini berlaku kerana sekiranya ingin mencapai yang terbaik, maka usaha, masa dan kos yang lebih diperlukan. |
asymmetric crytography | kriptografi asimetri | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah kriptograsi yang kekunci penyulitannya berbeza dengan kekunci penyahsulitan. Proses penyahsulitan dalam kaedah ini bukan sekadar penyongsangan daripada proses penyulitan tetapi merupakan transformasi matematik yang berbeza secara keseluruhannya. Kaedah ini sangat berkesan dalam kriptografi kerana satu kekunci tidak semestinya dikongsi bersama dua pihak yang berhubung. |
psychological novel | novel psikologi | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan stan |
suspension of disbelief | kepercayaan sementara | Kesenian | Drama dan Teater | Kesan penerimaan penonton terhadap sesuatu kenyataan atau aksi yang dilakonkan. Kemudian penonton menyedari aksi yang dilihat sekadar lakonan dalam drama. |
authoring tool | alat pengarangan | Teknologi Maklumat | Perisian | Perisian yang digunakan untuk membina produk yang interaktif. Penggunaan perisian ini tidak memerlukan kepakaran atau pengetahuan pengaturcaraan yang tinggi tetapi cukup sekadar mengetahui kegunaan setiap fungsi yang disediakan oleh perisian tersebut. Terdapat banyak alat pengarangan di pasaran, namun alat pengarangan yang sering digunakan ialah Macromedia Authorware, Director, Toolbook, Flash dan DreamWeaver. Perisian ini banyak digunakan untuk membangunkan modul latihan dan pembelajaran. Bagi memastikan modul yang dibangunkan berkualiti, piawaian antarabangsa seperti Shareable Content Object Reference Model (SCORM) perlu dipatuhi. |
bound-bound absorption | serapan ikat-ikat | Matematik | Tiada | Proses penyerapan yang berlaku apabila elektron yang terikat pada atom atau ion itu mendapat tenaga ala kadar daripada foton sinaran yang terserap yang sekadar boleh menguja elektron tetapi tidak berupaya membebaskannya daripada ikatan atom atau ion. |