Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sebentar, seketika: ~ lagi baliklah dia; tunggu ~ nanti sebentar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ke.jap] | سکجڤ

Definisi : sekelip mata; tidak lama; sebentar; seketika: ~ lagi dia akan pulang. Dia bermain ~ saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejap1
1. Dalam konteks mata
bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil,
(kata kerja:)

2 Bersinonim dengan sebentar
( sekelip, seketika, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap,

Puisi
 

Layang-layang menyambar duri,
     Hinggap sekejap di kayu jati;
Kasih sayang datang ke mari,
     Abang sudah sedia menanti.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mujur sepanjang hari,
     malang sekejap mata.

Bermaksud :

Malang yang tak dapat dielakkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
he[h:E]kata namaganti nama diri pertama tunggal.He nok kede jap[h:E n/ k«.de dZAp]Saya hendak ke kedai sekejap.
senggeng I[sEN.gEN]kata kerja1. duduk pada tempat yang kecil atau sempit.Koi nak senggeng kat sini kejap.[kj nA/ sEN.gEN kAt si.ni k«.dZAp]Saya hendak duduk di sini sekejap.
   3. berkenaan seseorang atau haiwan yang separuh sedar kerana sesuatu sebab seperti mabuk, hampir matiAyam tu nampak kanyo, sikit lagi koeh.[A.jAm tu nAm.pA/ kA.N si.kit lA.gi koC]Ayam itu nampak kanyo, sekejap lagi mati.

Kembali ke atas