Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ma] | سلاما

Definisi : 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ma] | سلاما

Definisi : sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Baik-baik jaga kemudi,
     Kita tahu pergi kuala;
Selama banyak kain berkodi,
     Songket di gedung jarang jumpa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Selama enggang mengeram.

Bermaksud :

Lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan, Soalan seperti di bawah: (1) Selama tiga jam kami membincangkan tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (2) Selama tiga jam kami membincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. (3) Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (4) Selama tiga jam kami berbincangkan masalah itu di bilik mesyuarat (5) Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat Item (1) adalah salah setahu saya kerana imbuhan kan "membincangkan" tidak beleh disertai dengan kata sendi nama tentang di belakang. Adakah item (2),(3),(4) atau (5) betul dari segi tatabahasa? Terima Kasih atas tunjuk ajar dari pihak DBP.Ayat yang betul ialah Selama tiga jam kami membincangkan masalah itu di bilik mesyuarat dan Selama tiga jam kami berbincang tentang masalah itu di bilik mesyuarat. Betul, membincangkan ialah kata kerja transitif aktif yang perlu diikuti objek selepasnya.Tatabahasa10.12.2015
Saya kurang pasti untuk menulis ayat berikut. Adakah saya tulis ini adalah betul seperti berikut: 1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja. 2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama empat belas (14) hari. 3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja. 4. Diluluskan cuti separuh gaji selama sepuluh (10) hari.Dalam penulisan teks, nombor satu hingga Sembilan dieja penuh dan nombor 10 ke atas ditulis nombor. Ayat yang betul ialah:
1. Diluluskan cuti rehat selama satu (1) hari sahaja.
2. Diluluskan cuti tanpa gaji selama 14 hari.
3. Diluluskan cuti tanpa rekod selama tujuh (7) sahaja.
4. Diluluskan cuti separuh gaji selama 10 hari.
Nombor satu hingga Sembilan boleh dieja penuh dan di ikuti dengan nombor dalam kurungan.
Tatabahasa02.04.2014
Selama ini saya tahu OKU bermaksud Orang Kurang Upaya, tapi sejak akhir-akhir ini saya perhatikan di TV3 sering sebut sebagai Orang Kelainan Upaya... persoalannya bila pula digunapakai istilah ini dan adakah ia sudah menjadi sesuatu yang rasmi? Di stesen LRT Universiti juga ditulis Orang Kelainan Upaya di tempat parkirnya.Istilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini penggunaan "Orang Kelainan Upaya" lebih kerap didengari/dibaca seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanpun belum ada apa-apa perubahan buat masa ini dan penggunaan "Orang Kurang Upaya"  masih dikekalkan.Istilah31.05.2011
Salam sejahtera, pilihan ayat yang mana satukah lebih tepat untuk digunakan? a) Langganan Percuma, e-Paper selama setahun; b) Percuma langganan e-Paper selama setahun Terima kasih.Frasa yang betul, "Langganan e-Paper percuma selama setahun" atau "Percuma, Langganan e-Paper selama setahun".Penyemakan dan penterjemahan18.09.2015
Tuan, saya ada masalah dengan kata adverba. Minta lihat ayat di bawah dulu. 1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Saya difahamkan bahawa perkataan "selama-lamanya" ialah kata adverba yang mengalami proses penggandaan separa. Yang tidak saya fahami ialah kata adverba "selama-lamanya" menerangkan frasa sendi nama "ke Australia", menerangkan kata kerja "pergi", atau menerangkan frasa kerja "pergi ke Australia selama-lamanya"? (Dalam frasa kerja "pergi ke Australia", frasa sendi nama "ke Australia" ialah keterangan tempat, kan?). Adakah kedudukan kata adverba menentukan golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba? Contohnya, jikalau kata adverba "laju" hadir selepas kata kerja "bergerak" dalam ayat: Kereta api itu bergerak laju, adakah kata adverba "laju" menerangkan "bergerak" kerana hadir di belakang kata kerja "bergerak"?

1. Dia akan pergi ke Australia selama-lamanya. Kata adverba “selama-lamanya” menerangkan frasa sendi nama ke Australia. 2. Kereta api itu bergerak laju. Kata adverba “laju” menerangkan kata kerja bergerak.

Tatabahasa06.12.2014
Mana yang betul? Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun atau tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun.Salam sejahtera,

Ayat yang betul ialah "Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun."

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.03.2018
Selamat pagi. Mohon untuk mengetahui frasa 'selama' berada di bawah jenis kata apa? Di laman sesawang, dikatakan 'selama' adalah jenis kata hubung pancangan keterangan, namun apabila menyemak Tatabahasa Dewan halaman 253, frasa tersebut tidak tersenarai. Mohon bantuan. Terima kasih.Merujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan selama ialah kata keterangan dan tidak semua kata keterangan tersenarai dalam buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa21.05.2018
Salam, apakah beza perkataan 'selamanya' dan 'selama-lamanya'? Terima kasih.Waalaikumussalam.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat:

Selamanya bermaksud:
Untuk jangka masa yg lama dan ber­terusan: Contoh ayat: Manusia tidak selamanya muda.

Selama-lamanya bermaksud:

1.Yang sangat lama, paling lama: Contoh ayat: Selama-lamanya dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia;
2. Tidak berkesudahan, kekal: Contoh ayat: Dia berikrar tinggal di Singapura selama-lamanya.

Maksud kedua-dua perkataan hampir sama tetapi tidak boleh digunakan pada ayat yang sama.  Penggunaan perkataan ini bergantung kepada konteks ayat dan maksudnya.
Makna09.04.2014
Selamat pagi. Aadakah penggunaan "ialah" betul dalam ayat-ayat di bawah? Terima kasih. 1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut 2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari. 3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun. 4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib.

Penggunaan kata pemeri “ialah” dalam contoh ayat tersebut betul.

1. Yuanxiao ialah sejenis makanan berbentuk bulat kecil yang diperbuat daripada tepung pulut.

2. Jika seseorang pekerja telah bekerja penuh selama 10 tahun tetapi belum genap 20 tahun, maka cuti tahunan ialah selama 10 hari.

3. Tempoh pendidikan prasiswazah ialah selama empat tahun.

4. Bahasa Cina, Matematik dan Bahasa Inggeris ialah tiga peperiksaan wajib.

Tatabahasa12.04.2022
Salam. Saya ingin bertanya tentang penggunaan betul nombor dalam ayat. 1) Contohnya, "Saya bersiap selama lima minit." atau "Saya bersiap selama 5 minit.". Yang manakah paling tepat? 2) "Dia beli lima buah buku." atau "Dia beli 5 buah buku."? 3) "Dia akan ambil awak pada pukul 7.00." atau "Dia akan ambil awak pada pukul 7:00."? 4) "20 ribu Yen" atau "20000 Yen"? 5) Saya juga agak keliru dengan nombor yang mempunyai banyak angka. Contohnya, perlukah saya meletakkan tanda baca koma (,) dalam nombor 8000 / 8,000, 80000 / 80,000 dan 800000 / 800,000. Atau mungkinkah selepas nombor puluh dan ratus, saya perlu jarakkan nombor? Contohnya 800 000 (tanpa perlu letakkan tanda koma). Saya harap soalan saya jelas dan saya juga amat mengharapkan jawapan tepat dari pihak tuan. Terima kasih.(1) Saya bersiap selama lima minit.  
(2) Dia beli lima buah buku. 
(3) Dia akan ambil awak pada pukul 7.00. 
(4) 20,000 Yen
(5) Sistem pernomboran antarabangsa meletakkan tanda koma selepas nilai ribu: 8,000, 80,000, 800,000 dan seterusnya. Bagi penulisan nombor dalam ayat, nombor satu hingga Sembilan dieja (lihat ayat 1 dan 2); manakala nombor 10 dan seterusnya ditulis angka seperti "Dia membeli 10 buah buku".
Tatabahasa07.12.2018
12345678910...

Kembali ke atas