45

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1 tidak lapang; tidak luas (bkn sesuatu kawasan): Kami terpaksa bersesak-sesak melalui jalan yg ~. 2 ki serba sedikit atau serba kurang (bkn wang, pengetahuan dll); picik (bkn fikiran dll); penuh sesak (bkn sesuatu tempat dsb): Kerana hidupnya ~, dia terpaksa bekerja lebih keras drpd biasa. bersempit-sempit duduk berasak-asak kerana sempit; bersesak-sesak: Bilik belakang masih lapang, jangan ~ di sini. menyempit 1 menjadi sempit; lw meluas. 2 berada di sesuatu tempat dan membuat jadi sempit: Janganlah ~ di tempat orang hendak bekerja. menyempitkan menjadikan sempit: Janganlah ~ fikiran dgn mengikut ajaran-ajaran salah itu. kesempitan 1 keadaan atau hal sempit. 2 mengalami keadaan sempit; kekurangan (wang dsb). penyempitan perbuatan atau hal menyempitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[sem.pit] | سمڤيت

Definisi : 1. tidak luas atau tidak lebar (sesuatu ruang, jalan, dll), kecil, ketat (pakaian): di kiri kanan lorong yg ~ itu terdiri beberapa buah rumah; memakai seluar yg ~; 2. ki cetek atau picik (pandangan, fikiran, dll), dangkal: fikirannya ~; 3. tidak luas liputannya atau tafsirannya, (agak) khusus: perkataan agen dlm konteks racun kulat mempunyai erti yg ~; 4. sesak (kedudukan, keadaan kewangan, dll), susah (penghidupan dsb): semakin kurang pendapatannya, menjadi semakin ~lah penghidupannya; sejak kam-pung itu dihitamkan, kehidupan penduduk-nya semakin ~;~ akal pendek (singkat) akal, tidak panjang fikiran; ~ alam Mn pemarah; ~ dada lekas marah; ~ hati lekas marah, tidak sabar; ~ kening mudah tersinggung; bersempit-sempit berasak-asak, bersesak-sesak: hidup ~ dlm sebuah rumah kecil; menyempit menjadi sempit, membuat jadi sempit: tak usahlah ~ di sini, orang hendak bekerja; menyempitkan 1. menjadikan sempit, me-ngurangkan keluasan (sesuatu), me­ngecilkan: pintu disempitkan lagi kerana tidak dipisah-kan antara penumpang-penumpang dan bukan penumpang; 2. ki menjadikan sempit, mengurangkan (me­ngecilkan dsb), menyusah-kan, menyesakkan, membataskan: perkara ini tidak ~ perjalanan nafas; biarlah saya ~ daerah perbincangan ini sedapat-dapatnya; secara tidak langsung suasana ini ~ peluang tokoh-tokoh belia menimba pengalaman dan mendapat manfaat drpd pergerakan belia; mempersempit menjadikan lebih sempit; kesempitan 1. perihal sempit (susah, sesak, dll): kita dlm ~, kekurangan dan ketiadaan; kerana ~ ruangan maka berita itu tidaklah dapat disiarkan; 2. dlm keadaan terdesak, tersesak: dia tidak dapat bergerak lagi kerana ~; penyempitan perbuatan menyempitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sempit (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan ketat, kecil, kupit, ketang, ketat, kopet, kincup, terik, sepan, sendat,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan cetek, picik, dangkal, singkat, pendek, tidak panjang, cupet,
Berantonim dengan luas.

3. Dalam konteks lipatan
bersinonim dengan khusus, terhad, kecil, terbatas,
Berantonim dengan merata

4. Bersinonim dengan miskin: sesak: susah, payah, sukar, picik, serba kekurangan, miskin, papa, teruk, terhimpit, tersepit, terdesak, sulit, rumit, berat, gawat,
Berantonim dengan kaya

Kata Terbitan : bersempit-sempit, menyempit, menyempitkan, mempersempit, kesempitan, penyempitan,

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sempit bertelempu,
     lega berlunjur.

Bermaksud :

Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh.

 

Lihat selanjutnya...(8)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
narrow-mindedadj 1. unwilling to accept different ideas, berfikiran sempit: they were portrayed as ~ religious fanatics, mereka digambarkan sbg pelampau-pelampau agama yg berfikiran sempit; 2. shallow, illiberal, sempit: a ~ interpretation, tafsiran yg sempit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
constrictedadj 1. (of blood-vessel etc) sempit, tercerut; 2. inhibited, sempit: a ~ view of life, pandangan yg sempit thdp kehidupan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hideboundadj narrow-minded, sempit fikiran, picik: a ~ bureaucrat, birokrat yg sempit fikiran; a ~ attitude, sikap picik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
small-minded adj (derog) sempit fikiran: only a ~ person would take such an actions, hanya seorang yg sempit fikiran yg akan mengambil tindakan spt itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
small 7. mean, petty, sempit (fikiran): only someone with a ~ mind would find fault with these plans, hanya orang yg sempit fikirannya yg akan mencari-cari kekurangan dlm rancangan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crampedadj 1. having limited space, sempit: they live in ~ quarters, mereka tinggal di rumah yg sempit; ~ for /space, room/, kesempitan ruang; 2. (of handwriting) halus dan rapat-rapat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
narrowadj 1. of small width compared to length, a. (gen) tdk lebar: a ~ table, meja yg tdk lebar; the middle or ~ portion of the bone, bahagian tengah atau bahagian yg tdk lebar tulang itu; b. (of passage, piece of land, room, etc) sempit: a ~ and winding stream, anak sungai yg sempit dan berliku-liku; a ~ sidewalk, kaki lima yg sempit; a ~ bridge, jambatan yg sempit; ~ coastal plain, dataran pinggir laut yg sempit; the neck is the ~ portion of the bottle, leher botol ialah bahagian yg sempit pd botol; c. (of ribbon etc) halus: she wore a dress with ~ shoulder straps, dia memakai gaun yg bertali halus di bahunya; d. (of fabric, textile) bidang kecil; e. (of waist) ramping; f. (of shoulder, hips) kuncup, kecil; 2. rigid, sempit: a ~ mind, fikiran yg sempit; ~ views, pandangan yg sempit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
insularadj 1. of an island, kepulauan: ~ people, penduduk kepulauan; ~ climate, iklim kepulauan; 2. (derog) a. (of person) narrow-minded, sempit fikirannya; (in o’s view, opinion, etc) sempit: he is ~ in his views, pandangannya sempit; b. (of outlook, view, etc) sempit; c. (of habit, prejudice, etc) berakibat drpd fikiran yg sempit; lead an ~ life, hidup dgn mengasingkan diri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parochial adj 1. ( derog ) narrow-minded, (bersifat) parokial; ( of outlook etc ) sempit, parokial; ( of person ) parokial, berfikiran sempit: his attitude towards the whole affair is rather ~,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
narrowvi 1. become less in width, extent, (lit. & fig.), /bertambah, semakin/ sempit: the road ~s at this point, jalan itu bertambah sempit di bahagian ini; 2. become limited, menjadi /terhad, terbatas/: his interests ~ed as he got older, minatnya semakin terhad apabila dia semakin tua;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas