Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1. tidak ada cacat celanya (ke-kurangannya): iman yg ~ dan pekerti yg baik itulah yg kekal; hidup yg ~; 2. lengkap, tidak ada kekurangan: tidaklah ~ bagi seseorang itu menulis sejarah negeri-negeri Melayu jika buku itu tidak digunakan; anggota badan-nya tidak ~; 3. baik lagi teratur (latihan dll): upacara itu dilangsungkan dgn cukup ~; 4. sudah selesai (tamat) dgn selamat atau sebaik-baiknya: ~lah sudah tugasnya sbg seorang anak yg telah berjasa kpd ibunya; 5. baik sekali, sesuai: saat yg ~; menyempurnakan 1. menjadikan sempurna atau lengkap (tidak ada cacat celanya dll): mereka sedang berusaha utk ~ enjin hasil ciptaan mereka; 2. melakukan (mengerja­kan) sesuatu hingga selesai atau tamat, mengurus-kan hingga selesai segala-galanya dgn sem-purna: ia mengucapkan terima kasih kpd para tetamu yg telah datang ~ perkahwinan anak-nya; 3. menunaikan (perjanjian dll), memenuhi (tugas, per­mintaan, dll): hendaklah kamu ~ segala kewajiban yg telah disuruh oleh guru; kakanda pun bermohonkan izin adinda, kakanda hendak ~ perjanjian kakanda itu; 4. (Mat) menyelesaikan (sesuatu masalah dll), mencari jawaban kpd: sempurnakan ganda dua bagi x2 + 8x dan y2 - 10y; kesempurnaan perihal sempurna (lengkap, teratur): mencari ~ jiwa dgn membuat ke-bajikan; penyempurnaan perbuatan (usaha dsb) menyempurnakan (menyelesaikan, meleng­kapkan, menunaikan, dll) sesuatu: ejaan Suwandi merupakan penyederhanaan dan ~ terhadap ejaan Van Ophuysen yg berlaku sejak tahun 1901; seniman mencipta suatu situasi yg berhubungan dgn masa depan yg segala-galanya memperlihatkan ~ kpd ke-inginannya; penyempurna orang dll yg menyem­purna-kan (sesuatu): justeru itu manusia masih lagi berfungsi sbg ~ kpd sesuatu kehendak dan keperluan orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sem.pur.na] | سمڤورنا

Definisi : 1 tidak ada kekurangannya atau tidak ada cacat celanya; cukup lengkap; baik seluruhnya: Majlis per­kahwinannya dahulu cukup ~. Bayi yg baru empat bulan di dlm kandungan, biasanya belum ~ anggota badannya. 2 sudah selesai dgn sebaik-baiknya; teratur baik-baik: Pekerjaannya tidak ada yg ~. menyempurnakan menjadikan sempurna; melakukan dgn sebaik-baiknya: Sabur pun singgah di masjid itu utk ~ fardu maghrib. kesempurnaan keadaan atau hal sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempurna (adjektif)
1. Bersinonim dengan lengkap: kamal, genap, jap, kamil, kafi, akmal, cukup, penuh, elok, baik,
Berantonim dengan serba kekurangan

2. Bersinonim dengan teratur: rapi, tersusun, sistematik, beres, segeh, kemas, tertib, siap sedia, menyenangkan, elok, bagus,
Berantonim dengan berkecamuk

3. Bersinonim dengan tamat: sudah, selesai, beres, selamat,
Berantonim dengan tertangguh

4. Bersinonim dengan baik sekali: sesuai, patut, cocok, padan, tanjak, labut, paluk, pantas, kena benar, setuju, betah, seimbang, sekun, serasi, selaras, sejalan, setumbuk, setimbal, sewajar, betah, sebanding, seragam, sepakat,
Berantonim dengan janggal

Kata Terbitan : menyempurnakan, kesempurnaan, penyempurnaan, penyempurna,

Puisi
 

Bunga Cina tanaman Cina,
     Mari dipakai tuan puteri;
Kerja kita akan sempurna,
     Bila sampai masa dijanji.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Seperti hendak menepung tiada berberas.

Bermaksud :

Tiadalah akan sempurna pekerjaan yang diperbuat dengan tiada cukup syarat. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepung tiada berberas).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASARAN PERSAINGAN SEMPURNAKonsep ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
MUTIARA

Mutiara ialah satu daripada permata yang paling

berharga. Mutiara yang besar, berbentuk

sempurna setara nilainya dengan batu permata

yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza

daripada permata-permata lain. Kebanyakan

permata adalah mineral yang dilombong dari

bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam

cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras

dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun,

mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta

memantulkan cahaya.

UMUM 
SENAPANG LANTAK

Senapang lantak ialah senjata api yang

digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya

raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali

digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk

memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal

daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna

anak helang atau daripada nama pereka Itali,

Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya

bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy,

iaitu nama awal Rusia.

UMUM 
MIKA

Mika ialah nama sekumpulan mineral yang

mengandungi atom aluminium, oksigen dan

silikon yang diikat menjadi kepingan yang leper.

Mika mempunyai belahan yang sempurna iaitu, ia

membelah dengan licin kepingan atau lapisan

menjadi yang nipis. Kepingan mika adalah kukuh,

mudah lentur dan anjal. Mika boleh jadi tidak

berwarna atau berwarna hitam, perang, hijau atau

ungu.

UMUM 
SKULPIN

Skulpin ialah famili ikan yang mempunyai mulut

besar, kepala besar, leper dan badan yang tirus

hingga ke sirip ekor. Siripnya mempunyai jejari sirip

yang sempurna. Skulpin hidup di banyak bahagian di

dunia, terutamanya berhampiran dengan pantai

berbatu. Sesetengahnya hidup di bahagian dalam

lautan, dan yang lain hidup dalam air tawar di

pedalaman.

UMUM 
DIAFRAGMA

Diafragma ialah otot besar yang melekat pada

tulang rusuk bawah yang memisahkan dada

daripada abdomen. Hanya manusia dan

mamalia lain mempunyai diafragma yang sempurna.

Diafragma ialah otot utama yang digunakan

dalam pernafasan. Ia berbentuk seperti kubah.

UMUM 
KRETINISME

Kretinisme ialah keadaan bayi yang dilahirkan

dengan otak yang tidak berkembang dan rangka

yang tidak terbentuk dengan sempurna.

UMUM 
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT

Nyanyian kuartet kedai gunting rambut

merupakan gaya harmoni menggunakan empat

suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat

suara menghasilkan kord empat bahagian yang

sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi

kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa

iringan alat muzik).

UMUM 
SUMPITAN

Sumpitan ialah pembuluh di mana damak

beracun atau bebola tanah liat ditiupkan

melaluinya. Sumpitan yang paling mudah dibuat

daripada buluh. Sumpitan yang lebih rumit dibuat

dengan membuat lubang dalam galah kayu.

Sumpitan yang sempurna ialah antara 1.8 dan 2

meter panjang, dan dipasang muncung dan alat

untuk membidik. Sumpitan digunakan khusus

untuk menyumpit burung dan monyet di hutan

tebal. Sumpitan ialah senjata yang paling awal

dibuat. Sesetengah orang di kawasan pedalaman

Borneo di Malaysia, dan di Filipina menggunakan

sumpitan, sama seperti Orang Asli Amerika yang

tinggal di kawasan Amazon di Amerika Selatan.

UMUM 
TISU PENGHUBUNG

Tisu penghubung, menghubungkan organ

badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya,

dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain

jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel

dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli

sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga

kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu

(1) tisu penghubung sempurna yang lembut,

(2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras.

Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung

sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu

penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia

tentang Rawan dan Tulang .

UMUM 
123

Kembali ke atas