Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)

439

As alike two pea in a pod

Sama rupa

Pelanduk dua serupa

We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are as alike as two pea in a pod.

Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti pelanduk dua serupa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Perlunya kita serupa cakap serupa bikin..Adibah AminUtusan Malaysia23.02.1990
Serupa tapi tak semaknaMuhammed Salehudin AmanUtusan Malaysia14.11.2006
Serupa Tapi Tak SamaMujahidah NafsiHarakah14.01.1994
Serupa (Kepada Yang Senasib)J.M. AzizUtusan Zaman21.04.1974
SerupaM. Z. AliasUtusan Melayu17.03.2000
Ejaan serupa, makna berbezaRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian02.04.2009
Kita SerupaTiadaBorneo Mail03.09.1995
Bagai SerupaS. M. SalimBerita Harian29.08.1998
Tidak SerupaMohd. Ghani AbdullahUtusan Zaman03.11.1991
Sajaknya serupa tapi penulis berlainanR. Hamzah DuaSabah Times14.09.1982
1234

Kembali ke atas