Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1 sama jenisnya atau sama rupanya: Kereta saya ~ dgn keretanya. 2 tidak berbeza; sama saja: Perangaimu ~ dgn perangai ayahmu. 3 sama bentuknya, warnanya dll: Mereka memakai pakaian yg ~. Rajah tiga segi ~ ABC dan XYZ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[se.ru.pa] | سروڤا

Definisi : 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warna­nya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn “House of Commons”; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,

Puisi
 

Singapura serupa-rupa,
     Anak Bugis jalan bertiga;
Hendak lupa tak boleh lupa,
     Hitam manis dikenang juga.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Bagai bulan empat belas.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Serupa bulan penuh, b. Serupa burak).

 

Lihat selanjutnya...(17)

439

As alike two pea in a pod

Sama rupa

Pelanduk dua serupa

We had never met our mother's elder sister before we recognised her immediately because they are as alike as two pea in a pod.

Kami tidak pernah bertemu dengan kakak sulung ibu kami, tetapi kami dapat mengecamnya dengan cepat kerana kedua-duanya seperti pelanduk dua serupa .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compilation storycerita susunanKomunikasiTiadaCerita yang menggabungkan bahan yang mempunyai ciri yang sama atau kandungan yang serupa atau hampir serupa dalam sesebuah cerita. Contohnya, menyusun beberapa buah cerita jenayah yang berlaku di tempat yang sama atau dengan cara yang sama di bawah suatu cerita.
like termssebutan serupaMatematikTiadaSebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa.
mithliharta serupaPerniagaan IslamTiadaHarta serupa atau seumpamanya yang boleh didapati di pasaran. Mithli boleh merujuk kepada persamaan dari segi sifat, ciri, kategori dan jenis. Contohnya, penggantian barangan yang rosak dengan barang yang seumpamanya oleh peminjam. Contoh lain, penggredan beras mengikut ciri yang sama, kenderaan berdasarkan model yang sama, dan buku berdasarkan tahap persekolahan, kurikulum dan judul yang sama. Mithli terbahagi kepada makilat, mawzunat, ‘adadiyyat dan madhru‘at.
catenakatenaGeologiTiadaJujukan tanih yang sama, berasal daripada bahan induk yang serupa, dan terdapat di kawasan yang keadaan iklimnya serupa, tetapi mempunyai ciri yang berbeza.
homologous organsorgan homologBiologiEkologiOrgan yang dari segi evolusi dan morfologinya serupa, tetapi fungsi dan rupa organ-organ berkenaan mungkin serupa atau berbeza. Misalnya, kepak burung dan sirip pektoral ikan.
Bernoulli copolymerkopolimer BernoulliKejuruteraanPolimerKopolimer yang trhasil apabila kedua-dua monomer beraktiviti serupa, iaitu R1=R2=1, dan kopolimer yang terbentuk serupa dengan komonomer suap sertabersifat rawak.
law of faunal assemblageshukum himpunan faunaGeologiTiadaHukum geologi yang umum: Himpunan organisma fosil yang serupa menunjukkan usia geologi yang serupa bagi batuan-batuan yang mengandungi organisma fosil tersebut.
familykeluargaKimiaTiada. 4. Sekumpulan unsur dalam Jadual Berkala yang mempunyai sifat kimia yang serupa. 5. Kumpulan sebatian organik yang boleh diwakili oleh satu formula umum dan mempunyai sifat kimia yang serupa. 6. Kumpulan nuklid radioaktif yang membentuk siri reput.
ecological equivalentkesetaraan ekologiBiologiEkologiKeadaan yang berlaku apabila spesies yang berlainan mempunyai bentuk hidup yang serupa, terutama dari segi pemakanan. Misalnya, seladang yang makan rumput di Malaysia adalah serupa dengan sapi di Indonesia dan bison di Amerika Utara.
biotypebiotipBiologiPatologiSekelompok individu mikroorganisma, biasanya kulat patogen, daripada spesies yang sama dan mempunyai genotip yang serupa. Dalam patologi tumbuhan, ia lebih merujuk kepada sekelompok patogen yang mempunyai kevirulenan yang serupa. bd. patotip.
12345678910...

Kembali ke atas