compilation story | cerita susunan | Komunikasi | Tiada | Cerita yang menggabungkan bahan yang mempunyai ciri yang sama atau kandungan yang serupa atau hampir serupa dalam sesebuah cerita. Contohnya, menyusun beberapa buah cerita jenayah yang berlaku di tempat yang sama atau dengan cara yang sama di bawah suatu cerita. |
like terms | sebutan serupa | Matematik | Tiada | Sebutan yang melibatkan anu (atau pemboleh ubah) yang sama dan kuasa setiap anu adalah sama. Contoh: 3ab2t3 dan -2ar3b2 ialah sebutan serupa, manakala 3abt dan -2ab2t bukan sebutan serupa. |
mithli | harta serupa | Perniagaan Islam | Tiada | Harta serupa atau seumpamanya yang boleh didapati di pasaran. Mithli boleh merujuk kepada persamaan dari segi sifat, ciri, kategori dan jenis. Contohnya, penggantian barangan yang rosak dengan barang yang seumpamanya oleh peminjam. Contoh lain, penggredan beras mengikut ciri yang sama, kenderaan berdasarkan model yang sama, dan buku berdasarkan tahap persekolahan, kurikulum dan judul yang sama. Mithli terbahagi kepada makilat, mawzunat, ‘adadiyyat dan madhru‘at. |
catena | katena | Geologi | Tiada | Jujukan tanih yang sama, berasal daripada bahan induk yang serupa, dan terdapat di kawasan yang keadaan iklimnya serupa, tetapi mempunyai ciri yang berbeza. |
homologous organs | organ homolog | Biologi | Ekologi | Organ yang dari segi evolusi dan morfologinya serupa, tetapi fungsi dan rupa organ-organ berkenaan mungkin serupa atau berbeza. Misalnya, kepak burung dan sirip pektoral ikan. |
Bernoulli copolymer | kopolimer Bernoulli | Kejuruteraan | Polimer | Kopolimer yang trhasil apabila kedua-dua monomer beraktiviti serupa, iaitu R1=R2=1, dan kopolimer yang terbentuk serupa dengan komonomer suap sertabersifat rawak. |
law of faunal assemblages | hukum himpunan fauna | Geologi | Tiada | Hukum geologi yang umum: Himpunan organisma fosil yang serupa menunjukkan usia geologi yang serupa bagi batuan-batuan yang mengandungi organisma fosil tersebut. |
family | keluarga | Kimia | Tiada | . 4. Sekumpulan unsur dalam Jadual Berkala yang mempunyai sifat kimia yang serupa. 5. Kumpulan sebatian organik yang boleh diwakili oleh satu formula umum dan mempunyai sifat kimia yang serupa. 6. Kumpulan nuklid radioaktif yang membentuk siri reput. |
ecological equivalent | kesetaraan ekologi | Biologi | Ekologi | Keadaan yang berlaku apabila spesies yang berlainan mempunyai bentuk hidup yang serupa, terutama dari segi pemakanan. Misalnya, seladang yang makan rumput di Malaysia adalah serupa dengan sapi di Indonesia dan bison di Amerika Utara. |
biotype | biotip | Biologi | Patologi | Sekelompok individu mikroorganisma, biasanya kulat patogen, daripada spesies yang sama dan mempunyai genotip yang serupa. Dalam patologi tumbuhan, ia lebih merujuk kepada sekelompok patogen yang mempunyai kevirulenan yang serupa. bd. patotip. |