Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)

65

Make bricks without straw

Mustahil untuk menghasilkan sesuatu dengan sempurna jika tiada bahan atau sumber yang sepatutnya.

Seperti hendak menepung tiada berberas

We wanted to shoot the scene in a big mansion that depicted the colonial era, but we were not being given the right props such as old furniture to recreate the air of the past. How could we ever produce a good film? This is a case of make bricks without

Kita hendak merakamkan satu babak di dalam sebuah rumah agam yang menggambarkan zaman penjajah tetapi kami tidak dibekalkan alatan yang sesuai seperti perabot lama untuk menghidupkan kembali suasana zaman silam itu. Bagaimanakah dapat kami hasilkan filem yang baik? Inilah yang dikatakan seperti hendak menepung tiada berberas.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun? Murid tadika atau pelajar tadika? atau ada perkataan lain yang lebih sesuaiPerkataan yang sesuai merujuk kepada kanak-kanak tadika berusia 4-6 tahun ialah murid-murid tadika atau kanak-kanak tadika. Istilah30.09.2021
Salam sejahtera, pemikiran kritis atau pemikiran kritikal? Pemilihan perkataan mana yg lebih sesuai?perkataan yang sesuai ialah pemikiran kritisTatabahasa27.11.2019
Apakah penggunaan 'capai' dalam "Capai Raya Meriah" sesuai? ia bermaksud kita hendak mencapai raya yang meriah. Jika tidak sesuai, apakah sebabnya dan apakah kata ganti yang sesuai yang selari dengan 'capai raya meriah'Menurut kamu s Pelajar Edisi Kedua, maksud capai ialah:
1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dengan menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu.
2 Sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun.
3 Mendapat (sesuatu maksud dan lain-lain); menyampaikan atau menjayakan (maksud dan lain-lain): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya.
4 Mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi.

Manakala maksud raya pula ialah besar

Maka cadangan penggunaan ayat yang betul dan baik ialah "Mencapai Hari Raya yang Meriah"
Tatabahasa18.03.2021
Tuan, Yang mana satukah yang betul? Sumber: Stylish & Suits Your Pocket 1. Bergaya & Sesuai Dengan Perbelanjaan Anda ATAU 2. Bergaya & Sesuai Dengan Belanjawan Anda Terima kasihPadanan yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Bergaya dan Sesuai dengan Belanjawan Anda".Makna12.02.2020
Konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amannya. Tuan/Puan,saya nak tanya kata sendi nama ‘untuk’ tidak sesuai digunakan di sini atau betul digunakan?Kata sendi nama "untuk" sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa06.01.2021
Apakah perkataan yang sesuai dipadankan dengan perkataan "grazing" dalam konteks penanaman dan ragut di tempat pekerjaan seperti ladang. Adakah perkataan "peragutan" sesuai digunakan bagi padanan "grazing" dalam konteks ini. contoh ayat bahasa Inggeris adalah seperti yang berikut: "to require employers to allot land for cultivation and grazing in a place of employment...Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan grazing daripada bidang pertanian ialah meragutMakna17.12.2020
Adakah perkataan 'DITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-daganag dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih.Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia.Istilah12.02.2022
Adakah perkataan 'DIGITALISASI PENGGUNA' sesuai digunakan bagi menggambarkan perubahan norma pengguna dalam menggunakan perkhidmatan atau membuat pembelian seperti transaksi dalam talian dan penggunaan platform e-dagang dan sebagainya, atau adakah perkataan lain yang lebih sesuai. Mohon pencerahan dan cadangan. Terima kasih.Padanan perkataan yang sesuai untuk keterangan yang dinyatakan ialah "pendigitalan pengguna". Melalui semakan kami, pola "pendigitalan" lebih banyak digunakan berbanding perkataan "digitalisasi" dan "-sasi" lebih mirip kepada bahasa Indonesia.Istilah12.02.2022
1. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "the raising of loans"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "pemerdapatan pinjaman" sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? 2. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "to raise loan"? Sama ada boleh menggunakan perkataan "memperdapatkan pinjaman"? 3. Apakah padanan terjemahan yang sesuai bagi perkataan "raised"? Sama ada perkataan "diperdapatkan" boleh digunakan? Adakah perkataan "pemerdapatan", "memperdapatkan" dan "diperdapatkan" betul dari segi tatabahasa?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi the raising of loans ialah peningkatan kadar pinjaman, to raise loan ialah meningkatkan kadar pinjaman atau mendapatkan pinjaman. Manakala raised ialah meningkatkan. Walau bagaimanapun, frasa pemerdapatan pinjaman yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan adalah mengikut laras dan istilah bagi bidang tersebut.

Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
Terjemahan sesuai bagi ear tips. Penerangan boleh rujuk pautan https://support.apple.com/en-us/HT210633Cadangan terjemahan bagi ear tips ialah "fon putik"Makna23.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas