Haram di sisi syarak atau Haram pada sisi syarak? | Haram di sisi syarak. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Adakah sebelah sama makna dengan tepi atau sisi? | Kata "Sebelah, Tepi dan Sisi" mempunyai maksud yang sama, iaitu dekat, samping, di sebelah (kiri atau kanan) sesuatu. | Makna | 11.04.2022 |
Adakah ayat ini betul? Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang. | Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang–undang. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 11.05.2015 |
Salam sejahtera, Sesuai jika "sideshift cylinder" diterjemahkan kepada "silinder anjakan sisi"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Jika tidak, mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai bagi sideshift cylinder ialah silinder anjak sisi | Makna | 22.12.2019 |
Apakah pengertian Jenayah? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Makna | 07.06.2009 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah diterjemahkan Soalan: 1. Tarik picu pin Alat Pemadam Api (Pull the Fire Extinguisher pin) 2. Hala nozel ke dasar api (Aim nozzle at base of fire) 3. Ramas pegangan Alat Pemadam Api (Squeeze the Fire Extinguisher handle) 4. Sapu nozel dari sisi ke sisi (Sweep the nozzle from side to side) | Page Title Ayat yang betul seperti yang berikut:
1. Tarik pin alat pemadam api.
2. Halakan nozel ke punca api.
3. Tekan picu alat pemadam api.
4. Layangkan nozel ke kiri dan kanan.
| Tatabahasa | 19.08.2024 |
Adakah penggunaa kata sendi nama 'dari' digunakan secara betul dalam ayat ini? " semua warga negara sama di sisi undang-undang, 'dari' individu biasa hingga pimpinan tertinggi | Penggunaan kata sendi nama yang betul dalam ayat tersebut ialah "daripada". Sebagai contoh, Semua warganegara sama di sisi undang-undang, daripada individu biasa hingga pimpinan tertinggi. | Tatabahasa | 02.05.2021 |
Selamat pagi ! Bolehkah tolong saya betulkan ayat di bawah ini ? Terima kasih 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. atau Encik Jali membeli keledek goreng daripada warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga ke saat terakhir atau Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan atau Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan peratusan kelulusan PMR pada tahun depan 4 Pokok dokong itu besar dengan subur sekali setelah dibubuh baja atau Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan beliau rasmikan atau Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | 1 Encik Jali membeli keledek goreng dari warung itu. 2 Anak yang setia itu berada di sisi ibunya hingga saat terakhir . 3 Pihak sekolah berusaha untuk meningkatkan lagi peratus kelulusan PMR pada tahun depan. 4 Pokok dokong itu membesar dengan subur sekali setelah dibubuh baja. 5 Majlis Pelancaran Minggu Bahasa itu akan dirasmikan oleh beliau. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
apakah yang dimaksudkan dengan lumba haram | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang. | Makna | 10.04.2008 |
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. | Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |