Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pat] | تمڤت

Definisi : 1 alat yg digunakan utk me­naruh atau utk meletakkan sesuatu; bekas: ~ habuk rokok. 2 ruang yg digunakan utk sesuatu maksud: ~ sujud; ~ bermain. 3 kawasan yg tertentu; daerah; kampung: Dia pun pulanglah ke ~ lahirnya. 4 bahagian pd sesuatu alat: ~ memegang pd alat itu sudah patah. 5 (orang) yg diserahi kepercayaan dsb; (orang) yg menjadi tujuan bertanya dll: Hanya ibunyalah ~ dia bergantung. 6 kedudukan, taraf atau keadaan sesuatu: Orang yg berkelulusan tinggi pasti mendapat ~ di mana-mana saja. Setelah meletakkan jawatan, ~nya digantikan oleh orang lain. kena pd ~nya sesuai atau padan dgn keadaannya (kedudukannya). ~ asal negeri atau kampung asal bagi seseorang. ~ kediaman (tinggal) kawasan atau rumah yg didiami oleh seseorang. ~ peranginan tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dll). bertempat tinggal atau duduk (di); diadakan (di): Seminar yg akan dilangsungkan pd 29 Jun itu ~ di Balai Seminar. menempati mendiami atau menduduki rumah dll: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? menempatkan 1 memasukkan atau menaruh dlm sesuatu; meletakkan pd sesuatu: Dia ~ wang itu di dlm tabung. 2 memberikan tempat duduk atau tempat tinggal; menyuruh tinggal atau diam: Malaysia telah ~ satu pasukan tenteranya di kawasan sempadan Malaysia-Thai. tem­patan khusus utk sesuatu tempat; yg berkaitan dgn tempat itu sendiri: Majlis ~. penempatan hal, perbuatan dll menempati atau menempatkan. petempatan kawasan yg ditempati atau utk menempatkan sekumpulan orang dll. setempat 1 sama atau satu tempat; di tempat itu sendiri: keadaan ~. 2 hanya melibatkan sebahagian drpd keseluruhannya; tidak meliputi seluruhnya. menyetempatkan men­jadi­kan berada di satu tempat; menaruh di satu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempat (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: wadah

2. Bersinonim dengan kawasan: daerah, wilayah, rantau, ceruk, kampung, desa, negeri, negara, provinsi,

3. Bersinonim dengan kedudukan: letaknya, lokasi,

Kata Terbitan : setempat, menempati, menempatkan, penempatan,

Puisi
 

Ambil galah kupaskan jantung,
     Orang Arab bergoreng kicap;
Kepada Allah tempat bergantung,
     Kepada nabi tempat mengucap.


Lihat selanjutnya...(215)
Peribahasa

Putus tali tempat bergantung,
     terban tanah tempat berpijak.

Bermaksud :

Kehilangan orang tempat menumpang hidup kerana, sudah jauh berpisah atau sudah meninggal.

 

Lihat selanjutnya...(126)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana betul : Lain-lain tempat atau Tempat-tempat lain?

Saudara,

Frasa yang betul ialah 'Tempat-tempat lain'.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa06.09.2012
Terima kasih kerana telah menjawab soalan tentang Tempat-tempat lain. Tetapi saya masih ingat, Cikgu saya mengajar "lain-lain tempat". Adakah kerana hukum ini telah berubah atau saya telah salah diajar sebelum ini?

Sama-sama saudari Sabrina.

Penggunaan frasa yang betul ialah 'tempat-tempat lain' Hal ini kerana frasa tersebut perlu mematuhi hukum D-M. Hukum D-M ialah yang diterangkan dan yang menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. Contoh : tempat-tempat (diterangkan) lain (menerangkan); guru(diterangkan)bahasa (menerangkan); lampu(diterangkan) minyak (menerangkan).


Sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 376 untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa09.09.2012
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Maaf, saya ingin bertanya tentang banyak tempat menarik atau banyak tempat-tempat menarik? Mohon penjelasan lanjut daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,

Jawapan yang betul ialah banyak tempat menarik

Banyak merupakan kata sifat. Banyak bermaksud jumlah yang besar. Tempat-tempat merupakan kata adjektif ganda.


Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Tatabahasa Dewan edisi ketiga di halaman 239.
Tatabahasa21.05.2020
penggunaan 'lain-lain'.contoh,'lain-lain tempat'Penggunaan yang betul ialah tempat-tempat lain dan hal-hal lain. Penggunaan lain-lain lazimnya digunakan seperti dan lain-lain atau dan yang lain-lain. Tatabahasa05.09.2011
Apakah istilah paling sesuai untuk perkataan 'ranking show'. Ranking show di sini merujuk kepada rancangan TV yang memberi ranking kepada tempat-tempat perlancongan misalnya. Jika tiada istilah tertentu, mohon berikan cadangan. Terima kasih.Cadangan istilah yang sesuai ialah rancangan penarafan.Istilah09.01.2017
Bagaimana dengan ayat 'Tujuan segelintir pelancong asing yang mengunjungi negara ini adalah untuk membeli-belah barangan kulit, kraf tangan selain melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah'?Ayat yang dinyatakan betul penggunaan tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa05.10.2013
Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah? Tempat letak kereta atau tempat meletak kereta? Jadual tugasan harian atau jadual bertugas harian? Tempat membasuh tangan atau tempat basuh tangan?Frasa yang betul ialah pusat beli-belah, tempat letak kereta, jadual tugasan harian dan tempat basuh tangan.Lain-lain02.11.2015
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "lockdown"? Konteks penggunaan ialah sebagaimana situasi COVID-19 sekarang, yang merujuk kepada suatu keadaan apabila orang awam dikehendaki untuk berada di kediaman masing-masing dan tidak keluar ke tempat-tempat awam.Pihak kami mencadangkan padanan untuk perkataan "lockdown" ialah "sekat keluar masuk". Namun untuk keadaan semasa yang sedang dialami di negara kita sekarang, istilah yang diguna pakai ialah Perintah Kawalan Pergerakan,Makna16.03.2020
Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad. munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini?Ayat "Orang yang suka berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat dikenali juga sebagai golongan nomad." adalah betul.Tatabahasa16.02.2012
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa.Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh.Tatabahasa04.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas