Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.nat] | تنت

Definisi : 1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.nat] | تنت

Definisi : 1 letih atau penat sekali; letih lesu: Nafasnya pendek-pendek kerana ~ bekerja. 2 sangat kuat (ttg sakit dsb); teruk: Dia terpaksa pulang ke kampungnya kerana orang tuanya sedang sakit ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenat (adjektif)
1. Bersinonim dengan letih lesu: penat lelah, jerih,
Berantonim dengan segar

2. Bersinonim dengan teruk: berat, parah, serius, genting, kritikal, melarat, akut, keras, kuat,
Berantonim dengan ringan

Kata Terbitan : ketenatan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Jiwanya Tenat ... Aku Yang Tak Tahu!Sri DiahMingguan Wanita26.09.1997
Melayuku Yang TenatRahim AlyUtusan Zaman25.06.1989
Boestamam sakit tenatTiadaUtusan Melayu01.01.1983
IPPP tambah tenatZabinis B. MMingguan Perdana27.06.1988
Akhbar jawi tenatWajaUtusan Melayu11.06.1998
"Dalam keadaan tenat" - Rahim OmarTiadaWatan27.10.1990
Filem Malaysia tenat: karyawan bersikap negatifLidia MSWarta Perdana13.12.1992
Kritikan sastera kita tenat?Tengku Norizan Raja YusufUtusan Melayu18.02.2000
Pengembara (di ruang tenat)Che Zainul AbindinPentas Dunia11.09.1994
Drama RTM semakin tenat?Syed RizulBerita Harian19.03.1985
123

Kembali ke atas