Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rang] | ترڠ

Definisi : 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg me­nye­babkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, ke­adaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pan­dangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebe­narannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-kata­nya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-ben­derang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlin­dung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. mem­bersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia ber­ubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. men­jadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: per­aturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menun­jukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk mene­rangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memper­katakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir di­anggap tenaga ahli yg masih sangat diperlu­kan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerang­kan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rang] | ترڠ

Definisi : 1 cahaya atau sinar yg me­nyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. mene­rangkan 1 membuat atau men­jadi­kan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan su­paya terang atau supaya jelas; meng­huraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; me­mak­lumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; pen­jelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Terang kabut,
     teduh hujan.

Bermaksud :

Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kabus, teduh hujan).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terang gemerlang, Hantu berjalan laki bini; Jikalau tuan bersikap garang, Adik tak lama diam di sini.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.
Kurik Kundi Merah SagaTerang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan muka diukir, Minyak penawar di dalam cangkir; Anak siapa berjanji mungkir, Anak Islam menjadi kafir.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.
Kurik Kundi Merah SagaTerang bulan menggali ubi, Ubi digali berkarung-karung; Tuan di awan saya di bumi, Berkirim surat di mulut burung.
12345

Kembali ke atas