Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang mana panggunaan yang betul; 1) berpunca daripada / berpunca pada 2)di kalangan / dalam kalangan 3) rumah itu terbina pada..../ rumah itu dibina pada..... 3)rumah itu terjejas teruk / rumah itu teruk terjejasPanggunaan yang betul ialah berpunca daripada, dalam kalangan, rumah itu dibina pada... dan rumah itu terjejas teruk.Tatabahasa27.04.2007
Adakah sakit teruk, sesak nafas dikategorikan sebagai frasa nama atau frasa adjektif ?Jawapan yang betul ialah frasa adjektif.Tatabahasa18.03.2021
Pengertian “orang dengan ketidakupayaan teruk"Cadangan pengertian yang sesuai bagi orang dengan ketidakupayaan teruk ialah Orang Kurang UpayaIstilah21.04.2019
Mungkin lebih teruk lagi - adakah penggunaan "lebih" dan "lagi" merupakan lewah atau dibenarkan dalam ayat ini? Jika salah, boleh berikan ayat yang gramatis?Mungkin lebih teruk lagi. Ayat ini boleh digunakan untuk memberikan penekanan terhadap maksud yang hendak disampaikan.Tatabahasa13.04.2022
Pasukan bola sepak kita kalah teruk kepada pasukan China. ayat tersebut ialah ayat penyata atau ayat majmuk?Ayat ini ialah ayat penyata.Tatabahasa15.06.2011
Pengamal-pengamal media elektronik terutamanya televisyen (paling teruk stesen TV swasta) sekarang semakin berleluasa menggunakan apitan "di... kan" secara salah. Mereka kerap menjarakkan "di" daripada perkataan yang diapit oleh "kan" seperti di jalankan atau di agihkan. Minta DBP pantau dan tegur mereka.Terima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman, kami sentiasa membuat pemantauan penggunaan bahasa Melayu dalam media, dan DBP dan pihak media sendiri sentiasa berusaha untuk menambah baik mutu penggunaan bahasa.Lain-lain04.08.2014
Contoh penulisan dalam buku: Oleh kerana penyakitnya semakin teruk, Aina terus berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dibuat, Aina bertanya pada Doktor Mansor, "Kenapa dengan saya Doktor? Adakah penyakit saya ini serius?" Soalan saya: Doktor yang merujuk Doktor Mansor itu perlu ditulis menggunakan huruf besar atau tidak?

Salam sejahtera,

Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudari, nama Doktor Mansor dalam ayat perlu ditulis dalam singkatan  iaitu 'Dr.' Ayat: Oleh kerana penyakitnya semakin serius, Aina segera berjumpa doktor pakar di sebuah hospital swasta. Selepas pemeriksaan dilakukan, Aina bertanya kepada Dr. Mansor, "Kenapa dengan saya doktor? Adakah penyakit saya ini serius?." 

Untuk ayat 'Kenapa dengan saya doktor?' perkataan doktor ditulis dengan huruf kecil.

Tatabahasa23.10.2012
Mengapakah bahagian 'Kamus Thai Melayu Dewan' dalam PRPM tidak seperti kamus bahasa Melayu/Inggeris? Sangat teruk dan seperti tiada fungsi.Sila gunakan kamus bahasa Melayu/Inggeris bagi mencari huraian sesuatu istilah. 'Kamus Thai Melayu Dewan' masih lagi tidak boleh digunakan kerana sistem tidak dapat mencari istilah yang dicari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.Lain-lain15.03.2019
Firdaus Syah SEL 5.36 PAGI Salam, cuma mahu bertanya, Bahasa Melayu ni memang kolot dan teruk sangat ke sebab hampir semua perkataan datang atau pinjam daripada bahasa inggeris. Macam tak ada kualiti orang cakap. kalau sesetengah perkataan tak ada maksud dalam bahasa melayu. Memang faham la boleh pinjam. Sekarang macam semua guna bahasa inggeris yang ditukar. Kawan dari Kaum lain tanya kenapa bahasa melayu banyak bahasa inggeris?Mana yang Melayu? Susah jawab. Jadi saya harap DBP pantau dan tegurla media massa/ cetak atau mana2 yang guna bahasa melayu dengan salah. saya pun bukan arif sangat bahasa melayu, cuma kesian tengok bahasa sendiri pun dah hilang identiti.Kami ambil maklum pandangan tuan. Walau bagaimanapun suka untuk kami berkongsi maklumat bahawa peminjaman bahasa sememangnya berlaku secara tabii apabila dua komuniti, bahkan juga dua komuniti dialek, bertemu antara satu sama lain. Ini bermakna akan berlaku pengambilan unsur bahasa daripada suatu bahasa lain ke dalam bahasa sendiri. Contohnya, perkataan fikir (bahasa Arab), ayu (dialek Jawa) dan almari (bahasa Portugis) telah lama diterima pakai dalam bahasa Melayu sehinggakan perkataan tersebut dianggap sebagai kata jati Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang khusus (peristilahan). Kata serapan pula ialah kata daripada bahasa asing yang diambil masuk dengan hanya menyesuaikan bunyi dan ejaannya (jika perlu) supaya sesuai dengan bunyi dan ejaan Melayu. Peminjaman usur-unsur bahasa asing merupakan kelaziman atas beberapa alasan tertentu, iaitu: i. tiada perkataan dalam bahasa Melayu dan keperluan memberikan nama am atau khusus kepada benda atau perkara; ii. perkataan bahasa Melayu belum ada yang dapat menepati maksud semantik bahasa asing; dan iii. Perkataan asing sesuai dan kelihatan lebih bergaya berbanding dengan bahasa Melayu sedia ada yang mungkin sudah lapuk atau jarang-jarang digunakan, misalnya perkataan matematik menggantikan ilmu hisab. Dalam dunia tanpa sempadan, hakikat yang perlu diterima ialah peminjaman bahasa ini juga berlaku dalam semua bahasa dan semakin meluas. Bahasa Inggeris sendiri banyak meminjam bahasa daripada bahasa Latin, Greek dan Perancis. Berdasarkan semakan kami, perkataan bicycle itu sendiri merupakan gabungan daripada bi- (bahasa Inggeris) dan kuklos (bahasa Greek), diasimilasikan menjadi bicycle. Bahasa Arab juga meminjam perkataan bahasa Inggeris khususnya dalam bidang teknologi. Bahasa Melayu yang mempunyai ciri-ciri bahasa moden tidak dapat lari daripada fenomena sejagat ini. Penggunaan bahasa asing dalam bahasa Melayu juga dilihat semakin berleluasa dan tidak terkawal kerana sifat sesuatu bahasa itu sendiri yang sentiasa berkembang seiring dengan perubahan dari semasa ke semasa. DBP, melalui Jawatankuasa Istilah dan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (Mabbim) hanya menerima perkataan asing sekiranya mematuhi proses peminjaman unsur asing ke dalam bahasa Melayu.Lain-lain30.05.2017
https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=neither&d=139128&#LIHATSINI ; meet o’s ~ (fml or liter.) menerima balasan: he finally met his ~, akhirnya dia menerima balasannya. Pentafsiran "meet one's "neither" dah salah teruk. Ia sebenarnya "meet one's waterloo". Ada banyak pentafsiran yang salah dalam PRPM. Kalau ingin menawarkan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa, baik kalian semak seluruh kamus semula. Salah tafsir yang teruk sebegini tak boleh diterima.

Terjemahan yang sesuai bagi perkataan neither adalah berbeza-beza mengikut konteks ayat. Contoh dalam ayat:

he finally met his neither - akhirnya dia menerima balasannya.
since you’re not going, neither am I - oleh sebab kamu tidak pergi, begitu juga saya
I like neither of them - kedua-duanya saya tidak suka

Makna24.08.2020
1234

Kembali ke atas