Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ru/] | تروق

Definisi : 1. amat sangat (bkn penyakit, keadaan pesakit, dll), keras sekali, tenat: tiba-tiba khabar buruk tiba mengatakan bapaku sakit ~; 2. hebat sekali (perkelahian, pukulan, dll), terlalu sangat: kalau Hasan tidak pulang, dipukulnya Hasan sampai ~; 3. susah, sukar: negeri ini sudah mengalami keganasan komunis selama dua belas tahun dan cukup ~ dibuatnya; 4. bp amat sangat buruknya (hodohnya, tidak baiknya, dsb sesuatu): ~ betul tulisannya;keterukan keadaan teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : bunyi spt bunyi kain robek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ru/] | تروق

Definisi : 1 sangat kuat atau sangat berat (ttg penyakit): Bapanya sedang sakit ~. 2 hebat sangat atau terlalu sangat (ttg pergaduhan dll). 3 berat atau susah (ttg pekerjaan dll); sukar: Mereka terpaksa membuat kerja yg ~ utk menanggung nafkah hidup keluarga mereka. berteruk-teruk bersusah payah (dlm melakukan sesuatu): Si ibu sanggup ~ utk membesarkan anak-anaknya. menerukkan menjadikan atau menyebabkan teruk: Sikap orang ramai yg enggan memberikan kerjasama telah ~ lagi keadaan yg kelam-kabut itu. keterukan keadaan atau hal teruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teruk (adjektif)
1. Bersinonim dengan tenat: parah, genting, berat, melarat, akut, keras, kuat, kritikal, serius,
Berantonim dengan ringan

2. Bersinonim dengan sukar: susah, payah, sulit, pahit, getir, jerih, pedih,
Berantonim dengan senang.


Puisi
 

Gok-gok minum di kendi,
     Dalam kendi dibubuh bunga;
Saya teruk kerana budi,
     Dalam budi saya terkena.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

25

Dogs that bark don't always bite

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
serious mental harmkecederaan teruk mentalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
graveterukPerubatanTiada1. Teruk: Keadaan yang serius atau parah.
aggravated assaultamang terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang teruk, yang tidak melibatkan sentuhan fizikal. Serangan ini termasuklah percubaan memukul, atau dengan tindakan atau perkataan yang menyebabkan ketakutan yang amat sangat kepada mangsa.
serious bodily harmkecederaan teruk badanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa.
aggravated batteryserang sentuh terukKriminologiKeadilan JenayahSerangan yang melibatkan sentuhan fizikal yang teruk seperti memukul, menumbuk atau menampar, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. Serangan ini juga boleh berlaku dengan menggunakan senjata seperti pisau atau objek tumpul.
marasmusmarasmusMakanan dan PemakananPemakananMalpemakanan protein dan tenaga yang teruk terutamanya berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada setahun. Keadaan ini dicirikan oleh penyusutan berat badan yang teruk, pucat, lesu dan mempunyai suhu badan di bawah paras normal. Pada kebiasaannya, kematian boleh berlaku daripada jangkitan.
toxoplasmosistokso-plasmosisPerubatanTiadaInfeksi oleh protozoa Toxoplasma gondii yang mungkin bersifat perolehan atau kongenital; jenis perolehan biasanya melibatkan orang dewasa dan tidak teruk, manakala jenis kongenital melibatkan sistem saraf pada bayi dan lebih teruk daripada jenis perolehan sehingga boleh mengakibatkan buta, cacat otak dan maut.
mood disorderkecelaruan rasa hatiPsikologiPsikologi UmumKumpulan gangguan emosi yang terdiri daripada kemurungan teruk sehingga ke tahap mania ekstrem. Terdapat dua jenis kecelaruan rasa hati, iaitu depresi dan kecelaruan bipolar. Individu yang menghidap kecelaruan depresi akan mengalami dan memperlihatkan kesedihan dan putus asa yang dibesar-besarkan, berpanjangan atau tidak berasas. Simptom-simptom depresinya ialah kesugulan, ketidakupayaan dan tidak dapat merasai kegembiraan atau tidak berminat terhadap sesuatu. Mereka juga memperlihatkan simptom seperti kelesuan, tidur dan makan yang terganggu, rasa tidak berguna, imej diri yang negatif dan perasaan ingin membunuh diri. Individu yang mengalami kecelaruan bipolar pula memperlihatkan pola emosi turun naik yang ekstrem dalam perasaan gembira dan sedih. Kecelaruan ini boleh dialami secara berpanjangan tetapi tidak teruk. Walau bagaimanapun, terdapat kecelaruan rasa hati lebih teruk yang memperlihatkan emosi yang sangat negatif seperti merasakan kegagalan, berdosa, tidak berguna, menjauhkan diri atau bertindak untu
anaphylactic shockkejutan anafilaksisFarmasiFarmakologiTindak balas alahan teruk yang berlaku secara tiba-tiba dan kadangkalaboleh membawamaut Ciri-ciri kejutan anafilaksis yang dikenal pasti adalah seperti penurunan mendadak pada tekanan darah disebabkan pengembangan salur darah, urtikaria dan kesukaran bernafas akibat kekejangan bronkus yang disebabkan oleh pendedahan kepada sesuatu bahan asing seperti drug, vaksin dan bisa serangga seperti lebah. Individu yang mengalaminya biasanya pemah terdedah kepada bahan-bahan tersebut pada peringkat awal. Bahanbahan tersebut bertindak sebagai antigen, merangsang tindak balas imun permulaan semasa pendedahan yang pertama, menyebabkan tindak balas serta-merta yang lebih teruk semasa pendedahan kedua. Tindak balas pada pendedahan kedua ini dikenali sebagai reaksi hipersensitiviti serta-merta. Reaksi tersebut boleh mengakibatkan maut jika rawatan kecemasan seperti suntikan epinefrina tidak diberi segera. lndividu yang mengalami alahan ini selalunya mempunyai sensitiviti yang melampau terhadap kehadiran sesuatu ba
dogskeluaran terukPentadbiranTiadaKeluaran yang mempunyai pertumbuhan rendah dan bahagian pasaran kecil dalam matriks pertumbuhan dan bahagian pasaran.
12345678910...

Kembali ke atas