Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~, lusa saya akan ke Singapura. 2 lemah badan; sakit: Badannya sudah ~. 3 ki datang bulan atau haid: Ia tidak boleh bersembahyang kerana ~. 4 ki mengandung; hamil. ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajipan dsb. menguzurkan mengadakan halangan (utk tidak ikut serta): ~ diri. keuzuran keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uzur (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,

3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,

4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,

Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran,

Peribahasa

Nan jauh tak terjelang,
     nan dekat tak tertandangi.

Bermaksud :

Sudah terlalu uzur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Datuk Ying sering dimasukkan ke dalam hospital kerana tubuh badannya yang telah uzur. Pilih perkataan antonim bagi uzur. A. tenang B. cerdas C. muda D. sihat Apakah jawapan yang sesuai?Antonim bagi perkataan uzur ialah D. SihatTatabahasa06.05.2019
makna istilah uzurDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, uzur ditakrifkan seperti yang berikut: 1. lemah badan, berpenyakit, sakit  2. sesuatu yang menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dan lain-lain), aral, halangan  3. (kiasan) a. datang bulan, haid  b. mengandung, hamil 4. (kiasan, bahasa percakapan) terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi.Makna27.01.2011
penggunaan "ialah" dan "adalah": 1) Antara kesan berlaku tanah runtuh (ialah/adalah) berlaku banjir lumpur. 2) Maksud perkataan "uzur" (ialah/adalah) tua.1) Antara kesan  tanah runtuh ialah berlaku banjir lumpur.

2) Maksud perkataan uzur adalah tua.
Tatabahasa14.03.2018
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib.

1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan.

2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. 

Tatabahasa11.05.2010
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Mohon memberi penerangan yang lanjut. Pak Ali menebang pokok petai ____ di belakang rumahnya. A usang B lapuk C uzur D tua Teima kasih.Mengikut Kamus Dewan, hutan tua merujuk pada hutan yang pokok-pokoknya sudah tua. Bermakna, perkataan tua digunakan juga untuk pokok. Maka, Pak Ali menebang pokok petai tua di belakang rumahnya.Istilah17.08.2014

Kembali ke atas