Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rang.gas] | رڠݢس

Definisi : 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting- ranting kayu yg mati; tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut; meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~; meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpan­jangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulu­nya subur dan rendang; peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan; peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rang.gas] | رڠݢس

Definisi : kering daunnya; sudah tidak berdaun (berbulu) lagi. meranggas menjadi kering dan gugur daunnya; luruh bulunya: Pohon rambutan itu ~. meranggaskan menyebabkan ranggas: Kemarau yg berpanjangan telah ~ pohon-pohon yg dahulunya subur dan rendang. peranggas sesuatu spt serangga, ba­han, faktor yg menyebabkan ranggas: Beluncas dianggap sbg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ranggas
Rujuk :luruh

Peribahasa

Tampak duri takkan mengait.

Bermaksud :

Mengetahui bahawa seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut. (Peribahasa lain yang sama makna: Tampak ranggas takkan meleting).

 

Lihat selanjutnya...(2)