Apakah bezanya penggunaan "Mengapakah" dan " Kenapakah dalam ayat tanya? Sila beri penerangan. Terima kasih. | Dalam Kamus Pelajar terbitan DBP, kata “mengapa” ditakrifkan sebagai “kata yang digunakan untuk menanyakan sebab” dan kata “kenapa” pula ditakrifkan sebagai “kata tanya yang digunakan untuk menanyakan sebab”. Hal yang demikian ini bermakna, kedua-dua kata ini mempunyai takrif yang sama. Walau bagaimanapun, dari segi penggunaan, kata “mengapa” lazimnya digunakan dalam penulisan dalam konteks rasmi/formal manakala kata “kenapa” digunakan dalam konteks tidak rasmi/tidak formal, seperti dalam bahasa percakapan atau perbualan. | Makna | 27.08.2013 |
saya nak tanya yg mn satu betul.... ku siapkan atau kusiapkan dan beri penjelasan | BETUL- Kusiapkan... ku- merupakan singkatan bagi aku. Singkatan tidak boleh berdiri sendiri. Perlu dieja rapat. contoh: kuterima, dirimu, kutulis, kautulis dsb. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
saya NANDHANA ingin tanya satu soalan.Bilakah kita boleh menggunakan perkataan SILA, MINTA, TOLONG.Harap beri penjelasan dan contoh ayat untuk 3 perkataan tersebut.Terima kasih. | Perkataan sila, minta dan tolong ialah kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, larangan dan permintaan. Kata sila lazimnya digunakan dalam permintaan dengan lebih hormat, seperti sila ambil makanan di sana. Contoh lain, minta tuan-tuan bersabar sebentar dan jangan berludah di sini. | Tatabahasa | 26.06.2016 |
Salam sejahtera tuan/puan, Tanya sama ada ayat dalam buku cerita yang manakah adalah betul: 1. Beri monyet makan pisang. 2. Berikan monyet makan pisang. Terima kasih. | Ayat yang gramatis, berikan monyet pisang (ayat suruhan). | Tatabahasa | 09.06.2016 |
selamat sejahtera.Saya Nandhana Shankara ingin tanya suatu soalan. Adakah penggunaan setiap orang peserta dan beberapa orang peserta betul.Mohon beri penjelasan.Terima Kasih | Peserta telah membawa maksud orang. Jadi, tidak perlu pengulangan kata orang. Memadai ditulis setiap peserta dan beberapa peserta. | Lain-lain | 14.08.2016 |
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ | 1. Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan. jawapan tepat ialah Tuanku. 2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja. 3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
Adakah ayat ini betul? 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. Sila beri penjelasan bagi ayat-ayat di atas. Kanak-kanak menunjukkan ramai atau sikit? | 1.Ayahlah yang membangunkan kawasan ini? - betul 2.Saya tidak tahu bila dia akan datang. - betul 3."Mengapakah kalian menangis?"tanya Akmal kepada kanak-kanak perempuan itu. - betul. Kanak-kanak boleh menunjukkan seorang atau ramai, bergantung pada yat yang digunakan dan dalam ayat ini jelas menunjukkan ramai dengan adanya kata kalian. | Tatabahasa | 19.09.2008 |
Saya ada 2 soalan nak tanya: 1)Adik kecil saya tertidur di dalam buaian. 2)Bolehkah kamu terangkan mengapa kamu asyik bermuram sahaja sejak belakangan ini dan apakah yang dapat saya lakukan untuk membantu kamu? Adakah 2 soalan tersebut salah?Jika salah,tolong beri jawapan yang betul.Terima KASIH. | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.01.2012 |
salam, saya nak tanya, untuk penggunaan ayat: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila......" adakah ia betul atau adakah perlu meletakkan perkataan pada selepas perkataan bermula seperti ini: "Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila...."??? Harap dapat beri bantuan.terima kasih. | Saudara, Ayat yang sempurna dan betul ialah " Pihak Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786." | Tatabahasa | 09.02.2010 |
Salam mohon beri jawapan yang betul berserta rumus-rumusnya. a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul | a. Skema pemarkahan atau skema permarkahan Skema pemarkahan.-tepat Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar tertentu, membentuk kata nama yang membawa maksud hal keadaan yang terkandung dalam kata dasar tersebut. sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. b. Yang mana satukah yang betul/ Yang manakah satu yang betul Yang manakah satu yang betul- tepat mana-merupakan kata tanya dan disertai dengan partikel -kah. -kah- partikel atau kata tugas yg merupakan penegas utk mementingkan predikat dlm ayat tanya: Bukan~ hari ini hari ulang tahunnya?. Guru~ orang itu?
| Tatabahasa | 28.08.2012 |