Tuan, adakah ayat ini betul? Ayat: (1) Puan Soon menempatkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Kata "menempatkan" bermaksud "meletakkan sesuatu pada sesuatu", jadi ayat (1) bermaksud Puan Soon meletakkan kertas makluman itu pada papan kenyataan pengawas. Adakah keterangan ini betul? Adakah ayat saya betul? | Penggunaan perkataan menempatkan dalam konteks ayat yang tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 20.01.2015 |
maksud perkataan pertempatan | Tiada imbuhan "per" bagi perkataan tempat, yang betul ialah penempatan (hal atau perbuatan menempati atau menempatkan) dan petempatan (kawasan yang ditempati atau untuk menempatkan sekumpulan orang dan lain-lain). | Tatabahasa | 19.04.2009 |
penempatan/petempatan | 1. proses menempatkan 2. tempat | Tatabahasa | 26.05.2009 |
Saya, seorang pelajar sekolah menengah menyarankan kepada pihak DBP menempatkan seorang pegawai bahasa Melayu di setiap sekolah untuku membantu para guru mengajar bahasa Melayu yang betul krpada para pelajar di Malaysia. Penempatan pegawai bahasa di setiap sekolah dapat merealisasi visi DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. | Usaha memartabatkan bahasa Melayu ialah tanggungjawab bersama, bukan terhad kepada DBP dan pejuang bahasa. Kementerian Pendidikan Malaysia termasuklah guru-guru khususnya guru mata pelajaran Bahasa Malaysia memainkan peranan yang cukup besar dalam usaha murni ini. Guru-guru memainkan peranan mereka dalam ruang lingkup fungsi dan tempat kerja mereka, manakala DBP akan sentiasa membantu dan mengetuai program pemartabatan bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.11.2014 |
Apa makna: 1. Penempatan 2. Petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 14.05.2013 |
As-salam Tuan/puan, 2. Saya dari Perpustakaan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) bercadang mewujudkan satu sudut untuk menempatkan koleksi buku-buku atau apa sahaja bahan tulisan YB Menteri. Berikut adalah cadangan untuk menamakan sudut tersebut: i. Tinta Menteri ii. Karya Menteri iii. Bingkisan Menteri 3. Sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang sesuai yang boleh digunakan untuk menamakan sudut tersebut. 4. Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan mengenai perkara tersebut. | Nama yang sesuai digunakan ialah Tinta Menteri atau Karya Menteri. | Lain-lain | 09.09.2016 |
Salam. Mohon bertanya tentang penggunaan perkataan Canseleri dan Canselori untuk penamaan bangunan di universiti. Ini kerana setahu saya istilah yang betul ialah Bangunan Canseleri yang menempatkan pejabat Canselor. Ada ke perkataan dan boleh tak digunakan Bangunan Canselori? Setahu saya Canselor ialah nama jawatan dan tidak ada perkataan di dalam kamus Dewan sekali pun tentang perkataan Canselori. Boleh ke ditambah perkataan 'i' untuk Canselori dari segi hukum bahasa? Harap mendapat maklum balas segera. Terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP pernah menerima pertanyaan dan permohonan daripada Universiti Malaysia Terengganu tentang penggunaan perkataan Canselori. DBP menerima perkataan Canselori dalam bahasa Melayu berasaskan kepada pembentukan kata Canselor. Jika Chancellor diterjemahkan kepada Canselor, maka Chancellory boleh diterjemahkan kepada Canselori dalam bahasa Melayu. Chancellory dan Chancellery ialah varian dalam bahasa Inggeris, maka Canselori juga merupakan varian Canseleri dalam bahasa Melayu. | Istilah | 31.01.2013 |
apakah beza antara " penempatan " dengan " petempatan " ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Contoh ayat: Petempatan kecil tumbuh di sekitar kawasan perlombongan emas ini. | Makna | 12.02.2012 |
Kawasan ----- Orang Asli di Rengit akan dibangunkan. A penempatan B petempatan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan. Contoh ayat: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. Petempatan pula bermaksud kawasan yang baru dibuka untuk didiami orang. Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah A. penempatan. | Tatabahasa | 06.09.2015 |
soalan 1 1)Apakah beza petempatan dan penempatan.Berikan contoh ayat. | Petempatan bermaksud kawasan yg baru dibuka utk didiami orang, manakala penempatan bermaksud perihal menempati atau menempatkan, contohnya: Kawasan ini ialah tempat penempatan semula orang yang pindah dari kampung-kampung yang jauh terpencil. | Makna | 02.07.2012 |