Salam, e-Sukan (juga dikenali sebagai eSports , adalah permainan berdaya saing melalui(video games). e-Sukan = Sukan elektronik, boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk sukan di mana aspek-aspek utama sukan ini dipermudahkan oleh sistem elektronik(berkomputer dan melalui internet) rujukan wikipedia https://en.wikipedia.org/wiki/Esports sila rujuk kepada rekod pertanyaan saya sebelum ini | Sekiranya "e-sukan" merujuk kepada sukan elektronik, istilah e-sukan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan "sukan" mesti ditulis dengan huruf kecil "s" kerana perkataan "sukan" bukannya kata nama khas. Contoh lain seperti e-kerajaan dan e-tadbir urus. | Istilah | 27.11.2015 |
BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN SUKAN, DAN BILAKAH KITA AKAN MENGGUNAKAN PERKATAAN PERMAINAN | Sukan digunakan apabila merujuk kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang, bola sepak, tenis, lumba lari dan lompat galah. Permainan apabila merujuk: 1. sesuatu yang digunakan untuk bermain; dan 2. perihal bermain seperti bola sepak. Ini bermakna sukan boleh membawa maksud permainan tetapi permainan tidak semestinya bermaksud sukan. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
Aktiviiti bersukan /aktiviti sukan? Apakah perbeazannya dari segi semantik?? | Dari segi semantik sukan merujuk segala jenis latihan gerak badan dan permainan yang memerlukan tenaga dan ketangkasan, manakala bersukan bermaksud melakukan atau bergiat dalam sukan. Oleh itu frasa yang betul ialah aktiviti sukan, iaitu kegiatan yang berkaitan dengan sukan, manakala frasa "aktiviti bersukan" bermaksud aktiviti itu yang melakukan kegiatan sukan dan dari segi semantik adalah tidak tepat. | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Selamat Pagi.... Tuan/Puan, Saya perlukan sedikit maklumat berkaitan SUKAN RAGAM/SUKANEKA: 1. Definisi 2. Tujuan Terima kasih... | Sdr. Adyani, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Sukan bermakna segala kegiatan yg memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yg dilakukan sbg acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan utk menyihatkan badan, dll); ~ lapangan aktiviti sukan yg dilakukan di lapangan, mis memancing, menembak dan memburu; ~ laut acara-acara sukan yg berlangsung (dipertandingkan) di laut (spt perlumbaan perahu dll); S~ Olimpik sukan sedunia yg diadakan empat tahun sekali; ahli ~ orang yg giat bermain dlm sukan; (manakala sukanéka bermakana sukan yg pelbagai jenis. Sekian terima kasih. | Makna | 01.04.2009 |
Selamat petang, apakah perbezaan antara sukan dengan sukaneka? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan bermaksud segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga (spt berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dll) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dll). Manakala sukaneka pula bermaksud sukan yang pelbagai jenis. | Makna | 25.05.2017 |
Saya rasa seronok dan mahu ucap tahniah kerana mewujudkan suatu perkataan baharu khusus untuk bahasa Melayu seperti selfie kepada swafoto. Saya teringin nak melihat suatu perkataan khusus peraturan-peraturan dalam permainan dan sukan khususnya bola sepak yang saban hari kita main, melihat dan tonton. Saya mencari perkataan bahasa Melayu untuk offside dan foul, tetapi yang saya jumpa ialah ofsaid dan faul. Saya mohon ada perkataan baharu untuk bahasa kita yang merupakan jiwa dan identiti kita. Tidak perlu yang panjang, contoh anak dara tua jadi andartu. Atau apa-apa perkataan yang mudah disebut yang semestinya pihak DBP lebih mahir dalam bidang ini. Semoga dapat dipertimbangkan dan dapat memartabatkan lagi kedudukan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sekian. | Istilah ofsaid dan faul ialah istilah yang rasmi dalam bidang sukan. Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dipertimbangkan. | Istilah | 12.02.2017 |
Adakah terdapat perkataan petanque, sejenis permainan dalam perbendaharaan kata Melayu ataupun dalam Kamus Sukan? Harap dapat maklumat tentang perkataan petanque. Terima kasih. | Perkataan tersebut tiada dalam rujukan kami, saudara boleh mengambil terus perkataan tersebut dan diitalikkan. | Istilah | 11.06.2010 |
1)Adakah ayat ini betul? Antara permainan yang diadakan adalah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah perkataan 'antara' berada di awal ayat.sekiranya tidak boleh kenapa? Betulkah penggunaan kata 'adalah' dalam ayat ini? Terangkan perbezaan antara penggunaan 'ialah' dengan 'adalah'? 2)Acara sukan yang dipertandingkan ialah seperti lari dalam guni, lompat jauh dan lompat tinggi. Bolehkah 'ialah seperti hadir secara serentak?kenapa? | Antara boleh hadir pada permulaan ayat, manakala adalah perlu diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Antara permainan yang diadakan ialah lumba lari, lompat jauh dan lompat tinggi". Untuk makluman saudara kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa nama seperti ayat contoh tersebut. | Tatabahasa | 02.05.2012 |
Assalamualaikum / salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perkataan bola bebola. Adakah wujud perkataan ini atau ia wujud dalam 2 perkataan yang berasingan iaitu bola dan bebola? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bola bermaksud benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan. Bebola bermaksud sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola. Oleh itu, penggunaan bola atau bebola bergantung pada konteks dan konsep istilah tersebut. | Istilah | 02.12.2011 |
Betulkah ayat 1.Kereta itu ialah Proton Perdana. 2.Permainam golf ialah sukan yang mahal. 3. hadiah itu adalah untuk ibu dan ayah. 4. Rumahnya ialah yang berwarna merah. | Ayat tersebut betul kecuali ejaan permainan dalam ayat no. 2 perlu dibetulkan. | Tatabahasa | 18.08.2010 |