Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (kécah); ~-becah kacau-bilau, halai­-balai; berkecah tidak kemas atau tidak teratur, berserak, berselerak, kacau-bilau: kalau longgok adunan itu kelihatan terlalu ~ atau tidak tentu bentuknya, betulkanlah sedikit-sedikit dgn tangan; mengecahkan menyerakkan, menyelerak­kan, menaburkan: kecahkan udang itu rata-rata dan tuangkan sekali kuahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kecuh-~; ®kecuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /kécah/; berkecah tidak teratur (tersusun); tidak kemas; berselerak: Dia segera mengemaskan barang-barang yg ~ di dlm bilik itu. mengecahkan menjadikan tidak teratur; menyelerakkan: Mereka dilarang ~ barang-barang yg telah disusun itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecah (kata kerja)
Bersinonim dengan serak, sepah, selerak, tabur;,
Kata Terbitan : berkecah, mengecahkan,