Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ke.tat] | ممڤرکتت

Definisi : menjadikan lebih ketat (ikat­an tali, peraturan, kawalan, dsb): beliau menggesa supaya syarat-syarat mendapatkan sijil kerakyatan diperketat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ke.tat] | ممڤرکتت

Definisi : menjadikan lebih ketat; mempererat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketat (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan,
Berantonim dengan longgar

2. Dalam konteks ikatan
bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap,
Berantonim dengan longgar

3. Dalam konteks peraturan
bersinonim dengan keras, tegas,
Berantonim dengan longgar

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan teliti, rapi,
Berantonim dengan longgar

Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat,