Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[no.da] | نودا

Definisi : 1. bintik, kotoran (pd baju dll): di­bersihkannya ~ yg ada pd kainnya itu; 2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis ~ ini dr diriku habis-habis;bernoda 1. mempunyai noda (kotor): kain yg ~; 2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang ~, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu ~; menodai 1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur; 2. memburukkan nama baik dll, mengaibkan, mengejikan: ~ nama baik keluarganya; 3. mencabuli, mem­perkosai: kehormatan Normah telah dinodai; ternoda telah dinodai: niat yg suci itu men­jadi ~ apabila disalurkan melalui cara yg hina; kenodaan keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang ~ hidup;penodaan perihal (perbuatan dsb) menodai, pencabulan: dlm cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yg malu setelah menerima akibat ~;penoda orang yg menodai (seseorang gadis dsb), orang yg mencabuli kehormatan se­se­orang (perempuan): gadis tersebut me­ngan­­dung tetapi ~nya sudah lama melarikan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[no.da] | نودا

Definisi : 1 bintik; kotoran (pd baju dll); aib; cela; nista. bernoda 1 ada nodanya atau ada kotoran pdnya: kain yg ~. 2 mendapat aib atau malu; mendapat nama buruk; bercela. menodai 1 membubuh atau memberi noda pd; mengotori. 2 memburukkan nama baik dll; mengeji; mengaibkan: Per­buata­nnya yg curang itu ~ nama baik keluarganya. 3 merosakkan kehormatan orang perempuan; mencabul. ternoda telah dinodai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
noda (kata nama)
Bersinonim dengan cacat, cela, aib, nista, malu, keji;,
Kata Terbitan : bernoda, menodai, ternoda, penodaan, penoda,