[pe.ning] | ڤنيڠ
Definisi : 1. sakit kepala, pusing kepala; ~ kepala berasa sakit dan seakan-akan berpusing-pusing; ~-~ lalat = ~-~ pikat berasa pening-pening sedikit; 2. ki habis akal (fikiran dll), bingung, runsing; memeningkan = ~ kepala 1. memusingkan (menyakitkan) kepala; 2. ki menyebabkan tidak tahu apa yg hendak dibuat, membingungkan, merunsingkan: Sharifah makin sehari makin liar terhadapnya, makin pendiam dan makin ~ kepalanya; kepeningan kesakitan kerana pening, rasa pening: ubat ini juga berkesan melegakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ning] | ڤنيڠ
Definisi : (péning) IB bulatan drpd timah dll yg bercap sbg tanda sudah membayar lesen anjing dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[pe.ning] | ڤنيڠ
Definisi : 1 berasa sakit kepala; pusing kepala: ~ lalat berasa pening sedikit. 2 tidak dpt berfikir panjang lagi; suntuk fikiran; bingung. memeningkan 1 menyebabkan kepala berasa sakit; memusingkan kepala. 2 menyebabkan tidak tahu akan apa yg hendak dibuat; membingungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)