Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.su/] | روسوق

Definisi : 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di bawah ~; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh; ~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri); merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: ber­jalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su/] | روسوق

Definisi : (Mentawai) rumah sementara waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.su/] | روسوق

Definisi : 1 bahagian badan yg di sebelah kiri atau kanan; lambung: Hang Tuah melompat dgn cepat serta menetak orang yg mengamuk itu dgn kapak, kena ~nya yg kanan lalu mati dgn serta-merta. 2 = tulang ~ tulang yg melengkung dr tulang belakang hingga ke tulang dada. 3 bahagian tepi atau pinggir sesuatu. ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar. ~ surat bahagian tepi atau pinggir surat. merusuk 1 menikam dll dr sisi atau pd rusuk: Dirusuknya orang itu pd sebelah kanan. 2 mengikut sebelah tepi; menepi; menyusur: berjalan ~. 3 bertekankan tulang rusuk; mengiring: Beliau berbaring ~ di atas katil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuk (kata nama)
Bersinonim dengan sisi, samping, lambung, sebelah, tepi;,
Kata Terbitan : merusuk,

Puisi
 

Darilah mana kajangku tiris,
     Dari pucuk sampailah ke rebung;
Darilah mana kupandang manis,
     Darilah rusuk sampailah ke punggung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(3)