[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح
Definisi : pasti, benar, sah, dapat diakui (diterima): rasa-rasa tu kenal juga, tapi tak ~; diterima sbg bukti yg ~; mensahihkan mengakui sahih, menjadikan sahih, memastikan; kesahihan perihal sahih (benar, pasti, sah): mereka harus bersedia menguji ~ semua rumusan dan pendapat mereka; ketidaksahihan perihal atau keadaan tidak sahih; pensahihan perihal mensahihkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[sa.hih]/[sa.hih] | صحيح
Definisi : tidak salah lagi; benar; sah. mensahihkan mengakui sahih. kesahihan hal atau keadaan sahih: Tiada sesiapa pun yg dpt menidakkan ~ hadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)