Definisi : banding, imbang, tanding: gadis yg hemat selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan ~nya dgn pelbagai helah; sesaing Mn sebanding, sepadan, setanding; bersaing, bersaingan atas-mengatasi, dahulu-mendahului, berlawanan berlumba-lumba: orang-orang Melayu telah bergerak hendak bangkit ~ dgn bangsa-bangsa yg maju; menyaingi menandingi, melawan (atas-mengatasi dll): spt anak dagang yg serba miskin cuba-cuba ~ orang terkenal; saingan tandingan, lawan: Rusia dan China Komunis tidak lagi mendapat ~ dr Amerika Syarikat dlm memberi bantuan ekonomi kpd Yaman; persaingan perihal bersaing, perlawanan (utk atas-mengatasi), pertandingan: getah asli sekarang ini sedang menghadapi ~ yg kuat drpd getah tiruan; pesaing orang (pihak dll) yg bersaing(an): dlm era tersebut syarikat perfileman Amerika telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dunia dan berjaya menangkis ~ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : pasangan yg sepadan; jodoh atau regu yg berpatutan: Gadis itu tidak akan menerima pinangan orang yg bukan ~nya. bersaing berlumba-lumba hendak melebihi orang lain; atas-mengatasi: Perusahaan dlm negara hendakĀ lah sanggup ~ dgn perusahaan luar negara. menyaingi melawan utk mengatasi atau utk melebihi: Barang-barang buatan tempatan sudah dpt ~ barang-barang yg diimport. saingan lawan yg bersaing; tandingan: Kehalusan budi pekerti orang-orang Melayu tidak ada ~nya. bersaingan ada saingannya; dlm keadaan bersaing. persaingan perbuatan atau hal bersaing; perlawanan utk atas-mengatasi: Getah asli memang sentiasa mendapat ~ drpd getah tiruan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)