[ta.kat] | تاکت
Definisi : takat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbualan mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberikan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berperingkat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.kat] | تاکت
Definisi : Jw tidak lekas atau mudah mati, tahan menderita sakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.kat] | تاکت
Definisi : Br terumbu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ta.kat] | تاکت
Definisi : 1 hingga ke; sampai ke: Dalamnya air sungai itu ~ pinggang saja. 2 had atau peringkat pd sesuatu ukuran: ~ didih (beku dll) suhu ketika air dll mendidih (menjadi beku dll). ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan. ~ lebur suhu ketika sesuatu pepejal mula lebur. setakat sampai ke had; sehingga: ~ itu saja yg dpt saya ceritakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)