Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.dual] | جدوال

Definisi : 1 susunan acara mengikut masa yg ditentukan: Mengikut ~nya, perbarisan itu akan dimulakan pd pukul 8.00 pagi. ~ waktu susunan perkara (pelajaran di sekolah dll) mengikut waktunya. 2 senarai nama (orang, barang dll) yg ditulis bersusun satu-satu; daftar. menjadualkan 1 menentukan waktu utk membuat sesuatu: Lawatan Perdana Menteri Thai itu dijadualkan berlangsung pd hari Khamis. 2 menjadikan sesuatu dlm bentuk jadual; membuat jadual ttg sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jadual (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: senarai, fakta, ruang, indeks, katalog, carta, graf, jadual, waktu,

2. Rujuk rancang rancangan

Kata Terbitan : menjadualkan, penjadualan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Soalan saya. Jadual bertugas itu ditampal pada papan kenyataan. atau....Jadual tugasan itu ditampal pada papan kenyataan. awapan saya jadual tugasan kerana... kalau jadual bertugas .. ibarat jadual yang bertugas...apa komen tuan ? TQPihak kami mencadangkan Jadual Petugas, iaitu   orang yg bertugas (utk melakukan sesuatu), pekerja ; atau Jadual Tugas .1. =  sesuatu (kerja, tanggungjawab, dll) yg mesti dilaksanakan, sesuatu yg ditentukan utk dikerjakan, tanggungjawab;   2. suruhan utk melakukan sesuatu (drpd pihak yg berkuasa), arahan, perintah; 3. kerja yg dijalankan oleh sesuatu jabatan (bahagian tubuh dll), fungsi.Tatabahasa10.03.2010
cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-TigabelasDalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. Lain-lain05.11.2020
Saya nak tampal jadual bertugas murid-murid di papan kenyataan.Mana satu yang sesuai digunakan sebagai tajuk jadual tersebut?Jadual Bertugas Murid-murid tahun 6 atau Jadual Tugas Murid-murid tahun 6 atau ada frasa lain yang lebih betul?Ayat yang betul ialah "Jadual Tugas Murid-murid Tahun 6".Tatabahasa02.06.2012
jadual bertugas harian atau jadual tugasan harianJadual Bertugas HarianTatabahasa12.01.2013
MANA YANG BETUL PENGGUNAANNYA: JADUAL BERTUGAS HARIAN ATAU JADUAL TUGASAN ATAU JADUAL TUGAS BOLEH ULASAN SEBAB PERKATAAN ITU DIGUNAKAN TERIMA KASIHtugasan - kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih melaporkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; -  
bertugas- (sedang atau tengah) menjalankan tugas, bekerja: dia sekarang sedang ~ sbg seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Keling;
Jadi jika melihat daripada makna yang diberikan Jadual Bertugas Harian lebih baik.

Lain-lain26.08.2014
Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih.Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem MotivasiLain-lain29.03.2017
Penggunaan yang betul antara Pusat Membeli -belah atau Pusat beli-belah. Jadual bertugas @ jadual tugasan?1.pusat beli-belah 2.jadual tugasanTatabahasa02.08.2007
ayat manakah yang betul, dan mengapa? i. sila rujuk pada jadual... ii. sila rujuk kepada jadual... iii. sila rujuk jadual...Frasa yang betul ialah "sila rujuk jadual".Tatabahasa06.05.2015
Tuan, jadual tugasan atau jadual bertugas... pusat membeli belah atau pusat beli belah ? TQ

Puan Rohani

Jadual bertugas yang lebih baik.

Yang betul ialah pusat beli belah

Tatabahasa09.03.2010
Dalam penulisan laporan, isu/perkara yang dilaporkan biasanya akan disokong dengan maklumat lanjut dalam jadual. Saya ingin tanya, mana yang betul atau lebih sesuai? 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut: 2. Butiran terperinci seperti di jadual berikut: 3. Butiran terperinci seperti di dalam jadual berikut: 4. Butiran terperinci adalah seperti dalam jadual berikut: 5. Butiran terperinci adalah seperti di jadual berikut: 6. Butiran terperinci adalah seperti di dalam jadual berikut:Jawapan yang sesuai ialah 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut:Tatabahasa08.04.2015
123456789

Kembali ke atas