Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jadual (kata nama)
1. Bersinonim dengan daftar: senarai, fakta, ruang, indeks, katalog, carta, graf, jadual, waktu,

2. Rujuk rancang rancangan

Kata Terbitan : menjadualkan, penjadualan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JADUAL BERKALA UMUM 
MENDELEEV, DMITRI IVANOVICH

Mendeleev, Dmitri Ivanovich (1834–1907)

ialah ahli kimia Rusia yang mencipta suatu bentuk

hukum berkala, iaitu prinsip asas dalam kimia.

Hukumnya menyatakan bahawa sifat-sifat unsur

kimia berulang mengikut pola yang tetap apabila

unsur-unsur itu tersusun mengikut berat atomnya.

Usaha Mendeleev, berserta usaha ahli kimia

Jerman, Julius Lothar Meyer, melahirkan jadual

berkala, iaitu susunan unsur secara sistematik (lihat

Unsur kimia [Jadual berkala unsur]).

UMUM 
MEYER, JULIUS LOTHAR

Meyer, Julius Lothar (1830–1895) ialah ahli

kimia Jerman yang membuktikan perhubungan

antara berat atom dengan sifat sesuatu unsur.

Hasil kajiannya bersama-sama dengan seorang

lagi ahli kimia Rusia, Dmitri Mendeleev telah

membuka jalan ke arah perkembangan carta

berkala unsur, yang mengelaskan unsur menurut

tertib berat atom masing-masing di samping

membuktikan bahawa kumpulan unsur tertentu

mempunyai sifat-sifat yang serupa. Dalam jadual

berkala yang moden, unsur dimasukkan ke dalam

kumpulan menurut tertib nombor atom (bilangan

proton dalam setiap nukleus). Lihat Unsur kimia

(Jadual berkala).

UMUM 
MOSELEY, HENRY GWYN-JEFFREYS

Moseley, Henry Gwyn-Jeffreys (1887–1915),

ahli fizik yang terkenal dengan kajiannya tentang

sinar-x. Pada sekitar tahun 1913, dia menemui

hubungan yang sistematik antara spektrum sinar-x

dan nombor atom bagi unsur yang memancarkan

sinar-x tersebut. Penemuan ini membolehkan ahli

sains menentukan nombor atom bagi elemen

yang tidak diketahui dan menyusun unsur

tersebut di tempat yang betul di dalam jadual

berkala (lihat Unsur kimia).

UMUM 

Kembali ke atas