Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (orang dll), terletak ber­­baring atau bertiduran (pokok dll), tum­­bang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ ter­lentang di atas lantai; membawa (mem­beri) ~ menjatuhkan (meng­gagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (meng­hilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : ; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.bah] | ربه

Definisi : jatuh terbaring (bkn orang); tumbang (bkn pokok): Beliau terpijak kulit pisang lalu ~ di tanah. ~-rempah jatuh terguling-guling. merebahkan 1 membuat supaya rebah; menjatuhkan; menumbangkan: ~ tiang rumah. 2 membaringkan: Ia ~ dirinya di pangking. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebah (kata kerja)
Bersinonim dengan tumbang, runtuh, roboh, jatuh, rebak, reban, rampak, jahanam, binasa, musnah, rosak, punah, ranap, ranah, hancur, berkecai, meledos;,
Kata Terbitan : rebah-rebah, merebahkan, rebahan,

Puisi
 

Belah batang penjara padi,
     Rebah padi dipukul ribut;
Adik saya datang ke mari,
     Tanda kasih seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Padi rebah,
     paksa tekukurlah.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tanpa berusah payah.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 
2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 
3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok.  
4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud  lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 
5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.
Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik.
Tatabahasa09.05.2012
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang  ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan.Istilah01.04.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sama ada perkataan 'rebah' boleh digunakan untuk tanaman 'jagung' dan 'padi'? Terima kasih.Antara maksud rebah ialah terletak berbaring atau bertiduran (bagi pokok dan sebagainya). Melihat kepada makna ini, perkataan rebah boleh digunakan bagi menggambarkan situasi pokok termasuklah pokok jagung dan padi.Tatabahasa21.10.2016
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010
1 Apakah maksud peribahasa 'pancing dimakan umpan'? 2 Adakah ejaan 'menanda tangani' betul atau 'menandatangni' betul?

1. Pancing makan umpan.

Orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pagar makan padi [= tanaman], b. Sokong membawa rebah, c. Telunjuk mencocok [= merosok, menikam] mata, d. Tongkat membawa rebah).

2. tandatangan = menandatangani

Lain-lain02.02.2009
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
Tuan-tuan dan puan-puan.Bolehkah saya tahu akan beberapa ayat yang di bawah.Adakah beberapa ayat adalah kesalahan bahasa atau kesalahan tatabahasa? Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dari Thailand tidak mengambil berat dalam kes yang berkaitan dengan negara lain bagai enau dalam belukar pucuk masing-masing.Condong yang akan menongkat,rebah yang akan menegakkan.Kerajaan haruslah mengatur pemimpin yang sesuai untuk memimpin negara dengan sebaik-baiknya.Dengan ini,negara dapat berjaya memajukan ekonomi dan politik negara.Saya berpendapatan bahawa kelakuan rakyat jelata akan diubah daripada negatif hingga positif.Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,kita mestilah melakukan sesuatu perkara atau tindakan sehingga berjaya.Janganlah melakukan sesuatu tindakan yang separuh di samping berputus asa seperti berputus harapan dan matlamat negara yang diingini.Natijahnya,matlamat negara akan dicapai sekiranya mereka gigih mencapai aspirasi dari segi ekonomi dan politik negara seperti berjalan ke batas,belayar sampai ke pulau.Rakyat jelata juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan atau pemimpin.Persoalannya,faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah negara tidak memainkan peranan yang penting untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari aspek tatabahasa
2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat
4. Pemilihan perkataan yang tidak betul
5. Perkataan yang tidak mempunyai jarak

Sila murnikan ayat-ayat tersebut dalam konteks yang lebih jelas dan mudah difahami agar pihak DBP dapat memberikan jawapan yang bersesuaian berdasarkan soalan yang dikemukakan.
Lain-lain08.07.2021
apakah beza mendokong dan menyokongUntuk rujukan pantas, sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu di https://prpm.dbp.gov.my/

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020), tiada kata terbitan mendokong dalam bahasa Melayu. Dokong ialah 1 pokok sederhana tinggi yang ditanam untuk menghasilkan buah yang boleh dimakan; Lansium domesticum; 2 buah pokok ini yang agak kecil seperti duku langsat, tetapi kulitnya lebih tebal, rasanya lebih manis, dan kebanyakannya tiada berbiji.

Kata mendukung pula bermaksud:
1 membawa atau memegang (bayi, anak, kucing dll) dgn cara meletakkannya pada bahagian atas badan sambil mengampunya dgn tangan. 
2 mengikut dan mengamalkan (falsafah, teori dsb) untuk dijadikan pegangan.
3 memberikan sokongan terhadap (sesuatu dasar, pertubuhan dll) dengan menyumbangkan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan atau menjayakan sesuatu yang dijalankan.
4 kiasan memikul tanggungjawab dan berusaha gigih untuk menjadikan (cabaran, cita-cita dsb) sebagai satu kenyataan demi memenuhi hasrat sendiri atau sesuatu pihak. 
5 memainkan atau melakonkan (cerita, peranan dsb) dalam filem, drama, teater dsb. 
6 mengandungi (maksud, konsep, pengertian dsb) yang disampaikan melalui penggunaan kata, iklan, mesej dsb.

Kata menyokong bermaksud:
1 menahan atau menyangga (pokok, binaan dll) supaya tidak rebah, tidak patah dsb.
2 memberikan semangat atau dorongan melalui kata-kata atau perbuatan kepada (seseorang) supaya melakukan sesuatu.
3 menyetujui terhadap(tindakan, pendapat dll).

Kata mendukung merupakan kata terbitan daripada kata dukung, manakala  menyokong merupakan kata terbitan daripada kata sokong. Anda boleh memperoleh contoh penggunaan bagi kata tersebut dalam KDP.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas