Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Tukul sumbing pecah berjalan,
     Pecah terantuk tebik terjatuh;
Niat di hati menjolok bulan,
     Bulan dijolok bintang yang jatuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepandai-pandai tupai melompat,
     sekali gawal (= terjatuh) juga.

Bermaksud :

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
401Misfortunes never come singlyMalang sering kali datang bertimpa-timpaTerjatuh dihimpit janjang.It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.Kata orang, terjatuh dihimpit janjang. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas