Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi meng­ikutinya; ~ harapan putus harapan; menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang, ubi) yg ditum­buk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa parut; menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1 jatuh (ttg benda tegak); rebah. Pokok pisang itu ~ ditiup angin. 2 jatuh atau runtuh (ttg kerajaan dll). menumbangkan 1 menjadikan tumbang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(6)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Inggeris Melayu

RujukanPeribahasa InggerisMaknaPeribahasa MelayuContoh Bahasa InggerisContoh Bahasa MelayuSumber
320If you lie down with dogs, you'll get up with fleasJika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.Bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnyaI advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana bagaimana pohon tidak akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kPeribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu

Kembali ke atas