Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : akronim bagi Persatuan Wartawan Wanita Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1. (yg) kesatu: penuntut tahun ~ dan tahun kedua mempelajari ilmu itu secara umum manakala penuntut tahun ketiga mempelajarinya secara mendalam; 2. = ~ kali mula-mula sekali, julung kali, terdahulu sekali: inilah tunjuk perasaan antikerajaan yg ~ diadakan di negeri itu sejak kemerdekaannya; inilah ~ kali seniwati itu berlakon sbg seorang perempuan tua; 3. terutama, terpenting: kewajibankau yg ~ ialah menjayakan perusahaan yg baru dijalankan ini; pertama-tama yg pertama sekali, yg mula­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan; dipertamakan didahulukan, dipentingkan, diutamakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ma] | ڤرتام

Definisi : 1 lebih dahulu drpd yg lain mengikut urutan atau susunannya; yg paling awal: Jilid ~ buku itu sudah habis dijual. 2 yg mula-mula sekali; tidak ada yg lebih awal drpd itu; terdahulu sekali: Inilah kali ~ saya datang ke sini. 3 yg tertinggi peringkatnya; terutama; terpenting: sijil kelas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pertama (kata tugas)
1. Dalam konteks kedudukan
bersinonim dengan julung, yang mula sekali, julung kali, awal-awalnya, asal-asalnya,
Berantonim dengan akhir

2. Bersinonim dengan terutama: terpenting, paling penting, paling utama,

Kata Terbitan : pertama-tama,

Puisi
 

Nanas halwa pisang salai,
     Hidangan kali pertama dara;
Hasrat kecewa cinta terkulai,
     Ingatan mesra tetap ada.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Pandang-pandang orang dijadikan ganti tubuh;
     pertama tegak,
kedua roboh.

Bermaksud :

Orang yang akan dijadikan wakil dalam sesuatu perkara hendaklah dipilih dengan saksama, kerana kalau orang itu baik dan setia, selamatlah, tetapi kalau orang itu jahat dan tidak jujur, binasalah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
esekata ganti nama diri pertama yg digunakan oleh semua peringkat umurKamus Dewan Perdana
edenkata ganti nama diri pertama yg digunakan kpd orang yg sebaya atau yg lebih muda dlm keadaan tidak rasmiKamus Dewan Perdana
empirang kasaiikan laut bersaiz kecil, badannya berwarna perak kekuningan, terdapat ruji pertama pd sirip sisi yg panjang, tinggal di pesisir pantai dan muara sungai, dan menjadi makanan ikan lainKamus Dewan Perdana
EONEdaran Otomobil Nasional Berhad. EON ialah syarikat pengedaran kereta yg ditubuhkan utk mengedar kereta Malaysia yg pertama, iaitu ProtonKamus Dewan Perdana
Empat Besarempat kuasa besar, iaitu Perancis, Britain, Itali dan Amerika Syarikat ketika Perang Dunia PertamaKamus Dewan Perdana
Ebolapenyakit bawaan virus drp famili Filoviridae yg berpunca drp haiwan keluarga monyet, yg menjangkiti manusia melalui bendalir atau organ tubuh yg tercemar, ditandai oleh demam panas serta perdarahan dalaman yg teruk sehingga boleh menyebabkan kematian. Nama penyakit ini diambil sempena nama sungai di Zaire yg pertama kali dikesan kes tsb pd tahun 1976Kamus Dewan Perdana

Kembali ke atas