[ber.ke.la.hi] | برکلاهي
Definisi : bertengkar, berbalah, bergaduh: riuh-rendah bunyi orang ~; ~ di ekor alahan prb memperdebatkan perkara kecil atau perkara yg sudah selesai; ~ dlm mimpi prb a) tiba-tiba bersikap spt orang telah berkelahi; b) bersusah payah dgn sesia sahaja; ~ dgn orang tak berambut prb berkelahi (berselisihan) dgn orang yg rendah tarafnya atau kurang sempurna akalnya; bagai ~ dlm kapuk (kepuk) prb perihal sesuatu perkara yg tidak mudah diselesaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ke.la.hi] | برکلاهي
Definisi : bergaduh (tinju-meninju atau kata-mengatai); berbalah; bertengkar (kerana sesuatu perkara): Tidak baik kita ~ sesama sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)