[ber.ke.pa.la] | برکڤالا
Definisi : mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.ke.pa.la] | برکڤالا
Definisi : ada kepalanya. orang ~ dua ki orang yg memihak ke sana ke sini; orang yg tidak berpendirian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)