Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.tuh] | ترجاتوه

Definisi : jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Tukul sumbing pecah berjalan,
     Pecah terantuk tebik terjatuh;
Niat di hati menjolok bulan,
     Bulan dijolok bintang yang jatuh.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sepandai-pandai tupai melompat,
     sekali gawal (= terjatuh) juga.

Bermaksud :

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga). gawal = berbuat kesalahan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelepang[k«.l«.pAN]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh seperti tin, loyang dan sebagainya di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pAN A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
kelepang[k«.l«.pA)N]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh (seperti tin, loyang dan sebagainya) di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pA)N A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.

Kembali ke atas