Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
keras
1. Bersinonim dengan kuat
( kukuh, teguh, tegap, liat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

2. Bersinonim dengan bersungguh-sungguh
( giat, tekun, tekal, ceka, nekad, tabah, sepenuh hati, penuh minat, )
(adverba:)
Berantonim dengan sambil lewa

3. Bersinonim dengan tegas
( teguh pendirian)
(adjektif:)
Berantonim dengan tolak ansur

4. Dalam konteks kawalan
bersinonim dengan ketat, rapi,
(adjektif:)
Berantonim dengan longgar

5. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan teruk, tenat, berat, payah, yang membahayakan,
(adjektif:)
Berantonim dengan ringan

6. Bersinonim dengan hebat
( kuat, gagah, berani, )
(adjektif:)
Berantonim dengan lemah

7. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kencang, deras, kuat, laju,
(adjektif:)

8. Dalam konteks suara bunyi
bersinonim dengan nyaring, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut, lunak

9. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan kesat, kasar, tidak sopan, biadap,
(adjektif:)
Berantonim dengan lembut

10. Bersinonim dengan berpuaka
( berhantu, berpenunggu, )
(kata kerja:)

11. Dalam konteks minuman
bersinonim dengan memabukkan, beralkohol,
(kata kerja:)

12. Dalam konteks kritikan
bersinonim dengan pedas, tajam,
(adjektif:)

Kata Terbitan : berkeras, mengeras, mengerasi, mengeraskan, terkeras, kekerasan, pengerasan,

Puisi
 

Anak enggang terbang sepuluh,
     Hinggap mari dahan berduri;
Sungguh keras buku buluh,
     Dimakan bubuk habis sekali.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Batu yang keras air pelekuknya;
     hati yang keras lidah pelembutnya.

Bermaksud :

Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut.

 

Lihat selanjutnya...(39)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
UNIX versi 4 pada masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menyebabkannya tidak berhenti menyalinkan dirinya dalam komputer yang telah dijangkiti sehingga menyebabkan semua ruang pada cakera keras dan ingatan utama habis digunakan. Akhirnya cecacing Internet 1988 menyebabkan lebih 6000 sistem komputer, iaitu sekitar 15 peratus pelayan Internet pada masa itu berhenti beroperasi dan kerosakan dianggarkan berjumlah US$97

Kembali ke atas