Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1. jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi meng­ikutinya; ~ harapan putus harapan; menumbangkan 1. menjadikan tumbang (pokok yg besar-besar dll), meruntuhkan, merobohkan: pokok yg akarnya tidak kuat, mudah sahaja ditumbangkan oleh ribut; 2. ki menjadikan runtuh atau roboh (kerajaan, negara, dll), menghancurkan, memusnahkan: pelajar-pelajar yg pd mulanya mengikut saja apa kata pemerintahnya akhirnya melawan balik ~ kerajaan; berbagai-bagai cara musuh-musuhnya mencari jalan utk ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : Mn = ~ keladi (pisang, ubi) sj makanan drpd keladi (pisang, ubi) yg ditum­buk halus-halus dan digaul dgn gula dan kelapa parut; menumbang membuat tumbang (keladi, pisang, ubi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bang] | تومبڠ

Definisi : 1 jatuh (ttg benda tegak); rebah. Pokok pisang itu ~ ditiup angin. 2 jatuh atau runtuh (ttg kerajaan dll). menumbangkan 1 menjadikan tumbang atau rebah; merebahkan. 2 me­robohkan sesuatu kerajaan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbang (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, rebah, runtuh, roboh, gugur, luruh, tergolek, terbaring, tertiarap, tersungkur, terbalik, rontok, rampak;,
Kata Terbitan : menumbangkan,

Puisi
 

Kalau ke sini tumbang keranji,
     Habislah ranap pokok pinang;
Kalau begini rupanya janji,
     Bilalah cakap boleh dipegang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Kayu yang tumbang itu,
     kura-kura pun hendak memanjatnya.

Bermaksud :

Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya. (Bandingkan dengan: Kayu bongkok kura-kura pun boleh memanjat).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
betare[b«.tA.Ä«]kata adjektifberkenaan cuaca yang panas dengan tiupan angin yang kuat pada hujung dan awal tahun. Biasanya bulan Disember dan Januari.Musem betare ni kau jangan maen bawah pokok, takot pokok tumbang nanti.[mu.sem b«.tA.Ä« ni kAw dZA.NAn mAen bA.wAh po.ko/ tA.kot po.ko/ tum.bAN nAn.ti]Musim betare ini engkau jangan main bawah pokok, takut pokok tumbang nanti

Kembali ke atas