Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1. turun ke bawah dgn cepat (bkn buah, daun, rambut, dll), gugur, luruh: buku itu ~ dr tangannya; ~ terduduk (terhentak, ter­sungkur, tertiarap); pandai ~ dapat meng­elakkan celaan (kritikan dll); 2. menjadi kurang (bkn harga, nilai, dll), turun, merosot: nilai mata wang negeri itu semakin ~; 3. terbenam (bkn matahari): di sebelah matahari ~; 4. berbetulan dgn, bersamaan dgn, ber­tepatan dgn, tepat pd: perkahwinannya ~ pd 6 Ogos; 5. (bkn kerajaan, kabinet, dll), bubar, berhenti melakukan tugas, ditiadakan, tum­bang, tidak berhasil (lulus): kerajaan itu ~ kerana undi tidak percaya; 6. bankrap, muflis: perusahaannya ~ kerana tidak cukup modal; 7. tidak berhasil, tidak lulus: anaknya ~ dlm peperiksaan tahun ini; 8. tidak dapat dipertahankan (dirampas musuh): bandar itu telah ~ ke tangan musuh; 9. sampai (di), tiba (di): hendak pergi ke Kedah ~ di Kelantan; 10. menjadi (miskin, sakit, dll);~ air muka menjadi malu; ~ bangun a) rebah dan bangun lagi; b) ki maju mundur (dlm kehidupan dll); ~ bebas (Fiz) gerakan suatu jasad yg dipengaruhi oleh graviti sahaja, iaitu tidak ada daya lain yg bertindak; ~ cinta = ~ hati = ~ kasih menaruh cinta (kasih) pd; ~ colok menjadi miskin, hilang kemegahan; ~ hati a) menaruh kasih (cinta) pd seseorang; b) menaruh belas kasihan pd seseorang dll; ~ ke atas memperoleh keuntungan (naik pang­kat dll); ~ ke bawah ki turun pangkat dll; ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll); ~ ke tilam (di atas tilam, ke kasur, di atas kasur) a) memperoleh ke­senangan (ke­kayaan dll); b) walaupun men­dapat kesulitan dll tetapi tetap senang; ~ melarat menjadi melarat; ~ merek Id men­dapat nama buruk (nama merosot); ~ miskin menjadi miskin; ~ nama mendapat nama buruk; ~ pengsan menjadi pengsan; ~ sakit kena penyakit; ~ talak sampai (berlaku) talak; ~ tempoh sudah lewat tempohnya (wak­tunya); ~ (tidak) berkait (berjolok) prb memperoleh sesuatu dgn sebab (tidak) diminta (di­harapkan); biar ~ terletak, jangan ~ ter­hem­pas (terhentak) prb berhenti bekerja dgn kemahuan sendiri adalah lebih baik drpd dipecat; busuk berbau, ~ berdebuk prb kalau melakukan kesalahan (perkara-perkara yg tidak baik) akhirnya diketahui orang juga; sudah ~ ditimpa tangga prb kesusahan yg datang berturut-turut; berjatuh Id memberi sumbangan (derma dll); dijatuhi dikenakan, menjalani: mereka yg melakukan kesalahan tersebut akan ~ hu­kuman menjadi hamba; menjatuhi jatuh mengenai sesuatu: jangan melepaskan kayu itu, nanti ~ tanaman; menjatuhkan 1. melemparkan ke bawah, menggugurkan: dgn sengaja dijatuhkannya benda dlm tangannya itu; 2. menurunkan (nilai, harga, dll), memerosotkan: musuh-musuh kita senantiasa cuba ~ nama baik kita; 3. menggagalkan, membubarkan, me­numbangkan: parti-parti pembangkang men­­cuba ~ kerajaan dgn undian tidak percaya; 4. menyebabkan (miskin, melarat, dll); 5. mengenakan: hakim telah ~ hukuman penjara atas pesalah itu; ia memang tidak segan-segan ~ hukuman kpd penyokong-penyokong komunis; ~ denda mengenakan denda; ~ hukum memberi keputusan terhadap sesuatu perkara; ~ maruah menghina, memberi malu; ~ talak menceraikan (isteri); ~ tangan kpd meng­hukum, menangani; terjatuh jatuh dgn tiba-tiba (tidak sengaja); ~ dihimpit jenjang prb berturut-turut men­dapat kesusahan; kejatuhan 1. perihal jatuh, jatuhnya: ~ kerajaan yg dipimpin oleh PM yg tua itu telah lama diduga; 2. terkena (tertimpa) sesuatu yg jatuh; ~ bulan ki mendapat ke­bahagiaan (kesenangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.tuh] | جاتوه

Definisi : 1 turun (terlepas) ke bawah dgn cepat; gugur atau luruh ke bawah: Buah yg ranum itu ~ ke tanah apabila ditiup angin. 2 menjadi kurang (bkn harga, nilai dll); merosot: Banyak juga peniaga yg rugi semasa nilai mata wang Inggeris ~ dahulu. 3 bersamaan dgn: Hari Raya Puasa ~ pd hari Sabtu. 4 menjadi (miskin, sakit dll): Bapanya ~ sakit. 5 tidak berhasil; gagal: Perusahaannya ~ kerana ditipu oleh pelanggan-pelanggan. 6 kalah atau dirampas (musuh); tidak dpt dipertahankan: Bandar itu telah ~ ke tangan musuh. ~ hati (kasih) menaruh cinta kpd seseorang. ~ ke tangan (musuh dll) menjadi milik (musuh dll). ~ nama mendapat nama buruk. menjatuhi menyebabkan seseorang atau sesuatu ditimpa oleh sesuatu yg lain; melepaskan sesuatu supaya jatuh pd: Yg dituduh telah dijatuhi hukuman mati. menjatuhkan 1 melemparkan ke bawah; menggugurkan: Dia ~ gelas itu kerana geram. 2 menurunkan (nilai, harga dll): Secara tidak langsung, dialah yg telah ~ perniagaan kedai itu. 3 mengalahkan; menggagalkan; menumbangkan: Dia telah ~ lawannya dlm perlawanan tinju. 4 melakukan atau mengenakan sesuatu sbg hukuman: Tuan hakim telah ~ hukuman gantung ke atas pembunuh itu. ~ maruah memberi malu. ~ talak menceraikan isteri. terjatuh jatuh dgn tiba-tiba: Kuihnya ~ kerana ia terperanjat. kejatuhan perihal jatuh: ~ nilai mata wang merugikan negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jatuh (kata kerja)
1. Dalam konteks buah
bersinonim dengan gugur, luruh, runtuh, rurut,

2. Dalam konteks nilai, harga,
bersinonim dengan turun, merosot, berkurangan, susut, surut, menjunam,
Berantonim dengan naik

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, masuk,
Berantonim dengan terbit

4. Dalam konteks kerajaan
bersinonim dengan tumbang, runtuh, bubar, tewas, kalah,

5. Dalam konteks tarikh
bersinonim dengan berbetulan dengan, bersamaan dengan, bertepatan dengan, tepat pada,

Kata Terbitan : menjatuhkan, terjatuh, kejatuhan,

Puisi
 

Jatuh upih jatuh seludang,
     Jatuh mari di laman kami;
Nasi putih lauk udang,
     Mari makan bersama kami.


Lihat selanjutnya...(192)
Peribahasa

Jatuh dihimpit tangga.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(72)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
come-downn 1. fall in status, rank, prosperity, etc, martabat [sso] jatuh, jatuh martabat: he had to give up his yacht and his Lamborghini– what a ~ for him!, dia terpaksa menjual kapal pesiar dan kereta Lamborghininya – jatuh martabatnya!; 2. (colloq) anticlimax, mengecewakan: after the fabulous time they had in Costa Brava, it was a real ~ to have to go back to work, setelah berseronok-seronok di Costa Brava, sungguh mengecewakan apabila terpaksa balik bekerja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
falln 1. act, instance of dropping, a. (gen) jatuh(nya); break o’s ~, menampan jatuh sso: a thick bush broke his ~, pohon yg rimbun menampan jatuhnya; have a ~, jatuh: he had a ~ from the horse, dia jatuh dr kuda itu; in the ~, /semasa, ketika/ jatuh: he was badly hurt in the ~, dia cedera teruk semasa jatuh; b. (of tree) tumbang(nya); c. (of leaves) gugur(nya), luruh(nya): the autumn ~ of leaves, daun-daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur(nya), jatuh(nya): the ~ of an apple from a tree, epal gugur dr pokok; e. (of tower, roof, etc) runtuh(nya), roboh(nya): a large crowd watched the ~ of the tower, orang ramai melihat menara itu runtuh; f. (of rain, snow) turun(nya): a heavy ~ of snow, salji turun lebat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crashvi 1. (of aircraft) have violent, noisy accident, jatuh terhempas; 2. fall or hit st noisily, (of glassware, crockery, etc) jatuh berderang; (of structure, rock, etc) jatuh berderak; (of wave) berdebur: the glass slipped from his hand and ~ed to the floor, gelas itu terlepas dr tangannya lalu jatuh berderang ke lantai; 3. move noisily and violently, meluru merempuh: the wild boar ~ed through the undergrowth, babi hutan itu meluruh merempuh semak; 4. make loud shattering noise, (of applause, drums, etc) bergemuruh; (of thunder) berdentum; 5. collapse, jatuh: many companies ~ed during the economic recession, banyak syarikat yg jatuh semasa kemelesetan ekonomi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dropvi 1. drip, menitik, menitis; 2. fall, a. (gen) jatuh: a flower-pot ~ped on his head, pasu bunga itu jatuh di atas kepalanya; b. (of leaves, fruits, bombs) gugur, jatuh: the leaves are beginning to ~, daun-daun mula gugur; 3. collapse, rebah: he will work till he ~s, dia akan bekerja sehingga dia rebah; 4. die, gugur: he saw his comrades ~ping all around him, dia melihat rakan-rakannya gugur di sekelilingnya; 5. decrease, fall, jatuh, turun: tin prices ~ped last year, harga bijih timah jatuh tahun lalu; 6. become softer, menjadi perlahan: his voice ~ped, suaranya menjadi perlahan; 7. abate, reda: the wind has ~ped, angin sudah reda; 8. cease, terputus: we’ve let the correspondence ~, kita telah membiarkan hubungan surat-menyurat terputus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fallvi 1. drop, a. (gen) jatuh: he fell and grazed his knee, dia jatuh dan lututnya melelas; b. (of tree) tumbang: many trees fell in the storm, banyak pokok tumbang dipukul ribut; c. (of leaves) gugur, luruh: leaves ~ in autumn, daun gugur dlm musim luruh; d. (of fruit) gugur, jatuh; e. (of tower, roof etc) runtuh, roboh: many houses fell in the earthquake, banyak rumah yg runtuh semasa gempa bumi; the roof fell with a crash, bumbung itu jatuh terhempas; f. (of rain, snow) turun: rain fell all day, hujan turun sepanjang hari; g. (of tears) bercucuran: her tears fell fast, air matanya bercucuran; 2. become lower in amount, value, etc, turun: prices are ~ing, harga sedang turun; his temperature fell, suhu badannya telah turun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
impoverishvt (fml) 1. reduce to poverty, (act.) menyebabkan [sso, sst] /menjadi, jatuh/ miskin, memiskinkan; (pass.), /menjadi, jatuh/ miskin: the long war ~ed the country, peperangan yg berlarutan itu menyebabkan negara tersebut jatuh miskin; 2. exhaust fertility, richness, strength of, menanduskan: over-grazing had ~ed the soil, membiarkan lembu meragut rumput di padang itu secara berlebihan telah menanduskan tanah; lack of cultural activities would ~ our lives, kurangnya kegiatan kebudayaan akan menanduskan kehidupan kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
clatter~ down, jatuh berkeletak: the plates ~ed down from the shelf during the storm, pinggan mangkuk jatuh berkeletak dr para semasa ribut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
crashadv jatuh berderang: the whole dinner-set went ~ onto the floor, set pinggan mangkuk itu kesemuanya jatuh berderang ke lantai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enough/oddly, strangely, surprisingly, curiously/ ~, yg /peliknya, anehnya, hairannya, ganjilnya/; sure ~, memang betul: he said she’d fall off and sure ~ she did, dia kata dia akan jatuh, memang betul dia jatuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ for, a. fall in love with, jatuh hati: all the girls ~ for him, semua budak perempuan itu jatuh hati padanya; b. be deceived by, terpedaya dgn: many people fell for his story, banyak orang terpedaya dgn ceritanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas