Tuan, Frasa yang manakah tepat mengikut hukum DM pertama kali atau kali pertama? | Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Salam 1Malaysia, 1. Frasa 'Kali pertama' atau 'Pertama kali' yang paling tepat untuk digunakan dalam penulisan? 2. Frasa 'gas memasak' atau 'gas masakan' atau 'gas masak' yang paling tepat dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | 1. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek mana yang ingin ditekankan atau didahulukan. 2. Gas masak sama seperti minyak masak. | Tatabahasa | 11.09.2012 |
Ali "pertama kali" melakukan urusan. Ali "kali pertama" melakukan urusan. Mana satukah yang betul? | Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. Ali pertama kali melakukan urusan. | Tatabahasa | 17.06.2015 |
Apakah perbezaan antara frasa "pertama kali" dan "kali pertama"? Terima kasih. | Pertama kali bermaksud "mula-mula sekali". Manakala kali pertama bermakna "membuat perkara yang belum bernah dibuat sebelum ini". | Makna | 19.12.2017 |
Apakah perbezaan antara Thailand Selatan dan Selatan Thailand? 2.Pertama kali atau kali pertama. Apakah perbezaannya? | 1. Frasa yang betul ialah Selatan Thailand. 2. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. | Tatabahasa | 25.10.2013 |
Tuan, adakah ayat ini betul? "Dari pencucian pertama". Dari adalah untuk arah, tempat dan masa. Pencucian pertama merujuk kepada masa bukan? Jadi adakah ia "Dari pencucian pertama" atau "Daripada pencucian pertama"? Terima kasih. | Yang betul ialah "daripada pencucian pertama" kerana "daripada" di sini merujuk sumber. | Tatabahasa | 21.11.2011 |
Pertama kali atau kali pertama. Mana yang betul? | Jawapan yang betul ialah kali pertama. | Lain-lain | 29.09.2010 |
1) Perlu dicondongkan atau ditegakkan untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dan sebagainya jika dalam penulisan rasmi? 2) 'Red velvet' dalam bahasa Melayu apa? 3) Terdapat atau tidak perkataan tersendiri untuk perkataan 'hashtag' (#) dalam bahasa Melayu? 4) Kali pertama atau pertama kali? Misalnya, inilah kali pertama kami ke sini ataupun inilah pertama kali kami ke sini. 5) Apakah perbezaan antara baharu dan baru? | Jawapan: 1. Untuk perkataan seperti Facebook, Instagram dalam penulisan rasmi, tidak perlu dicondongkan kerana merupakan nama khas. 2. Setakat ini, perkataan red velvet dan hastag tidak ada dalam data DBP 3. Perkataan kali pertama merupakan padanan bagi perkataan bahasa Inggeris iaitu first time. Frasa 'kali pertama' dan 'pertama kali', kedua-duanya betul bergantung pada aspek yang ingin ditekankan atau didahulukan. 4. Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaja digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
salam sejahtera. manakah penggunaan yang lebih tepat? buat kali pertama atau buat pertama kali? | Buat kali pertama, lebih tepat. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 31.03.2018 |
1) Yang manakah penggunaan frasa yang betul sama ada 'pertama kali' atau 'kali pertama'. 2) Saya juga masih keliru dengan penggunaan kata dasar 'ya' dengan 'ia' yang merujuk kepada 'perbuatan bersetuju dengan pendapat seseorang' kerana dalam kamus dewan kedua-duanya boleh digunapakai. Apakah status penggunaan yang terkini dan adakah kedu-duanya masih boleh diterima dalam penulisan esei pelajar? | Kedua-dua 'pertama kali' dan 'kali pertama' adalah betul dan boleh digunakan. Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 'ya' ialah kata pembenar, iaitu perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. 'Ia' ialah kata ganti nama diri orang ketiga. | Tatabahasa | 16.01.2012 |