Tuan, yang manakah paling tepat (Bobo dan Gebu adalah kucing): a) Bobo berkelahi dengan si Gebu b) Bobo berkelahi dengan Si Gebu | Jawapan yang betul ialah Bobo berkelahi dengan si Gebu. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
maksud tantangan | Antara maksud tantangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah ajakan berkelahi (berperang dll). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari laman sesawang DBP, klik pada carian spesifik perkataan yang ingin diketahui makna. | Makna | 04.03.2009 |
Mohon pihak DBP memutuskan tentang penggunaan kata ganti nama "ia" secepat mungkin. Banyak pihak sedang "berkelahi" tentang kata ini. Ketepikan soal politik, perasaan "lebih pandai daripada yang lain" dan sebagainya. Buatlah suatu ketetapan dan minta semua orang (yang menyokong atau tidak menyokong) menghormati keputusan itu. Barulah Bahasa kita dipandang mulia dan dihormati orang. | Apakah isu yang dikaitkan dengan kata "ia", adakah isu kata ganti diri atau isu penggunaan "ia" kepada bukan manusia. Dalam hal ini buku Tatabahasa Dewan telah menjelaskan pada halaman 104, kata ganti nama diri orang ketiga termasuklah ia, dia, beliau mereka dan nya. Dari aspek makna, Kamus Dewan menakrifkan "ia" sebagai kata ganti nama diri orang ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. | Tatabahasa | 13.07.2012 |
analisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. contohnya perkataan berkelahi atau basah | Aanalisis penyempitan dan juga peluasan makna sesuatu perkataan, makna konteks dan juga hubungan makna dengan kebudayaan. Apa yang saudara nyatakan ini merupakan sebahagian daripada perbincangan dalam tajuk Semantik. Sila rujuk buku/tulisan yang berkaitan untuk malkumat yang lemgkap. | Makna | 16.09.2008 |
Asslamualaikum, Adakah perkataan 'GEMPUR' dan 'TEMPUR' membawa maksud yang sama? Antara kedua-dua perkataan itu,yg manakah membawa maksud 'serang dan rosakkan'? | Gempur bermaksud diserang dan dibinasakan, manakala tempur bermaksud berlanggaran, berkelahi, berjuang, berperang. | Makna | 30.05.2009 |
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini. | Lain-lain | 16.04.2011 |
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih. | Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan. | Lain-lain | 18.04.2011 |
Rujuk jawapan pada 03.10.2007, "Tingkah laku bermaksud gerak- geri, kelakuan,perbuatan. Prasekolah bermaksud sebelum memasuki sekolah. Kata langsang tidak terdapat dalam rujukan kami. Sila nyatakan ejaan sebenar. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4." Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, erti bagi kata "aggressive" diberi sebagai: "3. quarrelsome, agresif, cenderung bergaduh, suka berkelahi: he became ~ after a few drinks, dia menjadi agresif selepas meminum beberapa gelas arak; an ~ nature, sifat yg agresif; 4. reflecting quarrelsome disposition, (bersifat) agresif: in an ~ (tone of) voice, dgn nada suara yg agresif; ~ remarks, kata-kata yg (bersifat) agresif; 5. assertive, enterprising, agresif: an ~ businesswoman, seorang ahli perniagaan wanita yg agresif; ~ leadership, kepemimpinan agresif; 6. (psychol) langsang, agresif." Adakah perkataan "langsang" sudah diterima dalam kamus bahasa Melayu? | Berdsasarkan dapatan daripada Kamus Inggeris-Melayu Dewan dan Daftar Istilah MABBIM, perkataan langsang ialah padanan kata aggressive dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang psikologi. Perkataan langsang juga telah diterima pakai oleh negara anggota MABBIM, iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia sebagai perkataan lain selain agresif. Walau bagaimanapun istilah ini tidak begitu dikenali oleh orang awam, maka ada baiknya penggunaan kata agresif diutamakan. | Istilah | 17.05.2011 |
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |