Salam tuan DPB. Apakah kesalahan tatabahasa yang dilakukan dalam ayat ini? Di samping menyedari bahawa ilmu yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu yang menyuluh kehidupan manusia,para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu sisedarkan juga bahawa menuntut ilmu adalah ibadat jika adanya niat dan tujuan yang benar. Ayat yang betul : Di samping (para penuntut) (telah) menyedari bahawa ilmu(lah) yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu(lah) yang menyuluh kehidupan manusia, para penuntut yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika ada/terdapat niat dan tujuan yang benar. | ​Ayat yang betul ialah Di samping para penuntut menyedari bahawa ilmulah yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan ilmu juga yang menyuluh kehidupan manusia, mereka yang mengikuti kem motivasi itu disedarkan juga bahawa menuntut ilmu ialah ibadat jika niat dan tujuan mereka betul. | Tatabahasa | 24.11.2020 |
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam? | Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |