Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.jer.ni.han] | کجرنيهن

Definisi : keadaan jernih (bkn air, suasana, hati dsb): ~ air sungai itu telah tercemar akibat pembuangan bahan-bahan kimia dr kilang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jernih (adjektif)
1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas,
Berantonim dengan keruh

2. Dalam konteks hati
bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas,
Berantonim dengan bernoda

3. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang,
Berantonim dengan muram

Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan,

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak.

Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:

1. Dari segi tatabahasa

2. Tanda baca

3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat

4. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Tatabahasa07.08.2021
apakah beza pernyataan masalah dan penyataan masalah

Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) kata pernyataan dan penyataan mempunyai makna yang bebeza.

Pernyataan ialah kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Contoh ayat: Berikan tiga hujah untuk menyokong pernyataan ini.• Dia didakwa kerana membuat pernyataan palsu dalam laporan tahunan syarikat.• Dalam pernyataan itu, semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok.

Penyataan pula ialah perbuatan atau hal menyatakan sesuatu.  Contoh ayat: Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi masa kedua-dua pihak membuat penyataan balas masing-masing.•Penyataan yang benar lahir daripada kejernihan fikiran dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara.

Oleh itu, pernyataan masalah lebih tepat untuk digunakan.
Makna20.04.2025
Apakah beza pernyataan masalah dengan penyataan masalah?

apakah perbezaan antara pernyataan dan penyataan.

apa beza pernyataan dan penyataan?

PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN DAN PENYATAAN.

Yang manakah yang betul penyataan atau pernyataan?

Kedua-dua kata pernyataan dan penyataan adalah betul.

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP):

Pernyataan ialah kata-kata, tulisan dan sebagainya yang menyatakan sesuatu perkara. Pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media. Contoh ayat: Berikan tiga hujah untuk menyokong pernyataan ini.• Dia didakwa kerana membuat pernyataan palsu dalam laporan tahunan syarikat.• Dalam pernyataan itu, semua negara perlu mengambil bahagian dalam penghijauan dunia melalui penanaman pokok dan pemeliharaan pokok.

Penyataan pula ialah perbuatan atau hal menyatakan sesuatu.  Contoh ayat: Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi masa kedua-dua pihak membuat penyataan balas masing-masing.•Penyataan yang benar lahir daripada kejernihan fikiran dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu perkara.

Makna20.04.2025

Kembali ke atas