Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pa.la] | کڤالا

Definisi : 1. bahagian tubuh (manusia atau bi­natang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, per­tubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata ter­penting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kam­pung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, loko­motif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia te­rus meminta lagi (bkn seseorang yg di­manjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan pera­nan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.la] | کڤالا

Definisi : ; ~ beruk sj tumbuhan (benalu), dedalu api laut, Hydnophytum formicarium; ~ landak sj tumbuhan (pokok), cempaka ganda, Talauma candollei; ~ patung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, Kadsura scandens; daun ~ tupah sj tumbuhan (paku­pakis), Drynaria quercifolia; rumput ~ lalat sj tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla; rumput ~ lalat halus sj tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.la] | کڤالا

Definisi : ; ~ timah sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pa.la] | کڤالا

Definisi : 1 bahagian tubuh manusia atau binatang dr hujung leher ke atas. 2 ki orang yg mengetuai negara (kampung, pejabat dll): Banyak ~ negara yg hadir dlm mesyuarat itu. 3 bahagian yg letaknya di atas (di hadapan) sekali; bahagian yg terpenting: ~ surat; ~ berita. 4 akal; fikiran; otak: Nasihat guru tidak masuk di ~ budak itu. ~ angin a. angin yg mula-mula bertiup sebelum ribut. b. ki tidak tetap perangainya. ~ bahu bahagian bahu yg menonjol. ~ batu ki tidak mahu mengikut nasihat; keras hati. ~ karangan tajuk karangan. berkepala ada kepalanya. orang ~ dua ki orang yg memihak ke sana ke sini; orang yg tidak berpendirian. mengepalai menjadi kepala (penghulu, pemimpin) dlm sesuatu kumpulan; mengetuai; memimpin: Beliau sendiri yg ~ angkatan itu. mengepalakan 1 mengangkat seseorang menjadi kepala atau ketua. 2 menyondol bola dgn kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,

Puisi
 

Kain pelikat kepala dua,
     Jahit dengan benang masturi;
Sudah berpakat kita berdua,
     Cakap orang jangan peduli.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Kepala tersangkut dengan kulit babi.

Bermaksud :

Mendapat malu besar.

 

Lihat selanjutnya...(65)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa yang betul polisim atau polisemi? bolehkah bagi contoh-contoh polisemi seberapa banyak yang boleh.

Polisemi

- (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain.

Contoh: Kepala: - kepala (bhgn tubuh), kepala surat, kepala angin, kepala santan dsb.

             

 

Lain-lain26.06.2009
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai  1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan.

Tatabahasa13.12.2010
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar.

2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . 

Tatabahasa28.06.2010
GARIS PANDUAN KEPALA SURAT JABATAN KERAJAAN YANG TEPATUntuk makluman, DBP tidak menyediakan panduan kepala surat. Puan boleh merujuk Pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai format tersebut.

Lain-lain04.09.2013
Rujukan sajak bertajuk Di Perpustakaan.Karya Shafie Abu Bakar.

Di Perpustakaan

 

Melangkah ke ruangmu

satu pertukaran yang kontras

dari kehangatan merata

ke kedinginan yang menerpa

terlalu hening di sini

gua pendeta bersemadi

di puncak sepi

di sana sini

kepala-kepala runduk meneliti

mata dan fikir bersebati.

 

Maju ke ruang buku

terlalu kerdil aku di sini terapung di laut ilmu

tercurah berzaman

dalam tak terselam

betapa pun kulayari

bahtera ilmu di sini

tak terteroka

yang akan kucatat

hanya setitik dari tinta

yang akan kupetik

hanya sebiji dari mutiara

engkau adalah pusaka moyang

gedung peradaban insan

terhimpun berzaman.

 

bersemadi di sini

aku adalah pelayar yang dahaga

di dada samudera tak berpantai

betapa pun keteguk darinya

dahaga tak pernah langsai

Lain-lain28.03.2010
Perkataan 'ulu' terdapat takrifan sebagai kepala benda dalam bahasa sukuan ( Bisaya). Adakah ianya boleh diterima sebagai istilah bahasa melayu. Masalah saya ialah saya mengajar murid perkataan ulu dengan merujuk kepada kepala benda. Contoh ppt dilampirkan (email pd En Sulaiman). Adakah ianya satu kesalahan dan perlu saya perbaiki. Dalam buku Panduan Pengurusan Pemulihan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas KPM juga digambarkan ulu sebagai kepala benda( keris). Tarima kasihDalam hal ini kami berpegang pada Kamus Dewan yang menggunakan frasa hulu keris bukan ulu keris, kerana ulu tidak ada dalam entri Kamus. Untuk makluman saudara, lazimnya pengambilan daripada bahasa  sukuan dilakukan apabila tidak ada bahasa/istilah dalam bahasa Melayu. Kami mencadangkan saudara menggunakan perkataan yang standard dan telah diseragamkan iaitu hulu kerana kata tersebut juga mengandungi maksud ulu.Tatabahasa29.04.2010
Salam, Saya ingin mengetahui istilah sebenar yang digunakan bagi pemutar skru dan skru seperti yang ditunjukkan dalam gambar (seperti yang dilampirkan). Untuk makluman tuan, istilah yang selalu diguna pakai (secara tidak rasmi) adalah pemutar skru mata philips, pemutar skru mata rata, manakala bagi skru pula istilah yang selalu diguna pakai ialah skru kepala philips dan skru kepala belah atau kepala rata. Mohon bantuan dari pihak tuan kerana tiada rekod dalam www.prpn.dbp.gov.my. saya juga telah membuat rujukan dalam internet melalui web-web tertentu tetapi semua istilah yang diguna pakai adalah tidak sama. Segala kerjasama dari ppihak tuan, diucapkan jutaan terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk gambar yang diberikan adalah seperti yang berikut:
1. Phillips screw driver  - pemutar skru Phillips
2. screw driver   -  pemutar skru (tidak ada istilah pemutar skru mata rata)
3. Phillips screw head - skru Phillips
4. slot head screw -  skru ulir
Istilah11.10.2012
Salam, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk aksi mengimbangkan badan dengan menahan kepala di bawah manakala kaki dalam keadaan lurus ke atas? Terima kasih.Istilah yang betul ialah balik jungkir, iaitu kepala di bawah, kaki di atas.Tatabahasa29.10.2013
NO PORK, NO AFTER-TASTE, NO HEADACHE. bolehkah diterjemah sebagai TIADA DAGING HARAM, TIADA RASA PAHIT, TIADALAH/HILANGLAH SAKIT KEPALA ?Tiada daging babi/khinzir, tiada kesan, tidak memeningkan kepalaEjaan09.08.2006
Apakah maksud ayat ini: Dia memarang hulu baginda itu lalu mangkat.

Dia menetak (dengan parang) kepala baginda lalu mati.

Memarang - menetak, memotong dll dengan parang

Hulu - Kepala (sastera lama)

Makna08.02.2009
1234567

Kembali ke atas