Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~ beruk sj tumbuhan (benalu), dedalu api laut, Hydnophytum formicarium; ~ landak sj tumbuhan (pokok), cempaka ganda, Talauma candollei; ~ patung sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dama-dama, Kadsura scandens; daun ~ tupah sj tumbuhan (pakuĀ­pakis), Drynaria quercifolia; rumput ~ lalat sj tumbuhan (rumput), rumput para-para, rumput purun batu, Fimbristylis diphylla; rumput ~ lalat halus sj tumbuhan (rumput), rumput janggut kuau, rumput purun batu, rumput salah pemakai, rumput serai jantan, Fimbristylis aestivalis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kepala (kata nama)
1. Bersinonim dengan jemala: tendas, akal, otak, fikiran, minda,

2. Bersinonim dengan ketua: pemimpin, penghulu, pengurus, pengelola, kapten, batin, pengarah, penggawa, mandur, penyelia, majikan, presiden, raja, imam, penasihat, guru, pemandu, khalifah, lurah, gabenor, nakhoda, juragan, jurumudi, panglima, hulubalang, sintua, juara, tekong,

3. Dalam konteks surat
bersinonim dengan tajuk, pendahuluan, permulaan,

4. Dalam konteks perkiraan
bersinonim dengan orang, individu,

5. Bersinonim dengan tangkai: hulu, pemegang,

Kata Terbitan : berkepala, berkepalakan, mengepalai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kepala Batas. SOALAN: 1. Adakah penggunaan perkataan DIDIAGNOSIS dalam ayat tersebut bersesuaian? 2. Sila betulkan mana-mana perkataan yang salah dalam ayat tersebut. TERIMA KASIH.

1.     1. Penggunaan perkataan didiagnosis bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat yang diberikan.

 

2.    2. Ayat tersebut telah ditambah baik seperti yang berikut:

 “Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh pakar perubatan dari   Hospital Kepala Batas.”

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

(i)   Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 524 dan 1586.

(iiTatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 322.

Tatabahasa27.11.2024
Salam 1Malaysia. Persoalan yang sering mengelirukan pengguna bahasa adalah tentang penggunaan kata penguat. (i) Bolehkah kata penguat bebas dan kata penguat bebas , misalnya amat sangat, boleh hadir secara berderetan? Hal ini saya katakan demikian kerana munsyi dewan memberikan pandangan yang berbeza-beza. Pandangan sedemikian memang memeningkan kepala pengguna bahasa seperti saya. (ii) Adakah binaan teramat sangat betul? Dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4 dan Kamus Pelajar Edisi Ke-2 frasa teramat sangat memang wujud, sementelahan kemusyikilan ini tidak wujud dalam rekod soal jawab. Besarlah harapan saya bahawa kemusyikilan ini dapat dileraikan. Sekian, terima kasih. KAY SEVENKata penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. Begitu juga dengan kata penguat amat sangat yang bermaksud terlampau, boleh hadir secara berturutan. Binaan ayat daripada pola ter + amat + sangat adalah tidak gramatis, yang betul ialah daripada binaan ter + amat + kata adjektif seperti teramat baik dan teramat cantik.Tatabahasa28.07.2011

Kembali ke atas