1. mengetengahkan atau mengenengahkan ? 2. mengetepikan atau mengenepikan ? 3. mengepalai atau mengkepalai ? 4. menunjangkan atau mentunjangkan ? 5. memastikan atau mempastikan ? 6. mencintai atau menyintai ? 7. menyukarkan atau mensukarkan ? 8. penyajak atau pensajak ? 9. pemelajaran atau pembelajaran ? 10. mensabitkan atau menyabitkan ? | 1. mengetengahkan 2. mengetepikan 3. mengepalai 4. menunjang 5. memastikan 6. mencintai 7. menyukarkan 8. penyajak 9. pemelajaran 10. menyabitkan | Tatabahasa | 24.07.2011 |
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); | Istilah | 01.07.2009 |
Apakah erti 'melopori'? Saya tak dapat cari erti perkataan ini dalam kamus | Istilah melopori tidak ditemui dalam mana-mana buku rujukan kami. Mungkin istilah yang saudara kehendaki ialah mempelopori (daripada kata dasar pelopor) yang bermaksud: 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. | Istilah | 19.02.2010 |
1. Saya memimpin tangan / memimpin orang tua melintasi jalan. Perlukah kata kerja memimpin diikuti dengan tangan? kerana perkataan memimpin telah membawa maksud memegang tangan. 2. Sekolah saya mengadakan pertandingan menyanyi / pertandingan nyanyian? Apakah perbezaan antara kedua-dua frasa nama tersebut? 3. Saya menghidangkan makanan kepada / untuk ibu. Apakah perbezaannya ? kerana saya pernah terjumpa menghidangkan .... kepada dan menghidangkan ... untuk. | 1. Ayat yang betul ialah saya memimpin tangan orang tua melintas jalan. Hal ini kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, memimpin mempunyai tiga takrifan, iaitu: 1. memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke sesuatu tempat (menunjukkan jalan dll), membimbing, menuntun: Malim Deman pun ~ tangan puteri lalu berjalanlah; 2. mengepalai atau mengetuai serta mengendalikan (badan, pertubuhan, pergerakan, negara, dll), mengepalai (rapat dsb): dia tidak pernah ~ apa-apa pergerakan; tentera yg dahulu dipimpin oleh Jeneral Suharto telah siap sedia utk menghadapi kemungkinan perlawanan drpd anasir-anasir prokomunis; 3. melatih (mendidik, mengasuh, dll) supaya boleh bekerja (berfikir) sendiri; pelajar-pelajar ini dipimpin oleh guru-guru yg terlatih. 2. Frasa yang betul ialah Sekolah saya mengadakan pertandingan nyanyian kerana nyanyian ialah kata nama, sedangkan menyanyi ialah kata kerja. Penamaan sesuatu perkara hendaklah dalam kata nama. 3. Syat yang lebih tepat ialah saya menghidangkan makanan kepada ibu kerana penggunaan kata sendi nama kepada dalam ayat tersebut menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Ayat tersebut boleh juga diolah sebegini: Saya menghidangi ibu makanan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 07.02.2010 |